7 bulan selepas

Gini la nampaknya, renew domain setiap tahun untuk kekalkan blog ni . Dah renew baru ingat nak jenguk, tak tau sampai bila nak kekalkan blog ni.

Tak tau nak update apa sebenarnya, rasanya ni masalah sesiapa je, tambah-tambah orang yang memang tak aktif di mana-mana media sosial, kehidupan harian yang sama je, tak ada apa nak di update.

Buat masa ni semuanya masih sama, masalah obesiti pun masih kekal, masih gilir-gilir kerja kat rumah dan kerja kat ofis, yang beza adalah umur makin bertambah.

Umur makin pendek sebenarnya. bila dah menginjak 50 tahun memang kita dapat rasa lebih tentang kematian dan kehidupan selepas itu.

Gitu la, takut jugak fikir ilmu dan amal secoet je, sedangkan umur kian memendek, Allahu .

Anak-anak pun dah kian besar remaja , cabaran makin besar.

Ini la yang paling banyak difikirkan kebelakangan ni, cabaran dalam menghadapi kerenah anak-anak remaja.

Bisnes memang tak ada dah, dulu kan macam - macam cuba buat bisnes online, sekarang ni memang tunpu pada kerja ofis dan rumahtangga je.


Moga Allah terus berikan pinjaman kekuatan untuk terus melangkah selagi boleh.







Covid19 - Hari 1

Selasa lepas, 15/2/2022, sejak sebelum subuh lagi rasa macam tak sedap badan, sakit tekak..rasa nak berselimut je , masa tu belum beli termometer lagi, jadi tak dapat agak la berapa suhu masa tu.

Pagi sebelum suami nak ke ofis, dia pesan suruh buat saliva test, isterinya ni ye kan je la tapi tak buat pun.

Buat kerja macam biasa je time pagi sampai tengah hari, minggu lepas turn WFH, masak-masak kat dapur macam biasa walaupun rasa macam lesu sikit, siap buat ayam masak kicap untuk diri sendiri, rasa teringin sangat.

Selepas pukul 2 , makin rasa tak larat je, memang banyak tergolek daripada buat kerja, dalam pukul 4 tu rasa macam nak berbaring terus je tapi Nadhirah cakap jom minum kopi kot mama rasa segar sikit.

Ok minum kopi , makan biskut.

Time tu dah 5.15, rasa tak boleh nak pandang laptop dah, badan mintak selimut.

Selimut je la berbungkus, suami pun balik kerja dah dekat pukul 7 dah.. dia tanya dah buat salive test ke belum ni? Hmm dahhhh, negatif je.. lepas tu dia cakap ye kee, tengok muka lain macam je.

Hmm buat la test tu , berdebor jugak la nak tunggu resultnya..dup dap dup dap keluar 2 line .

Positif!

Masa tu kalut fikir nak kuarantin mcm mana sebab rumah ni tak cukup bilik tidur, tak cukup bilik air.

Ok, Zahra dan Nadhirah satu bilik tidur,suami tidur dalam bilik kerja dia, Umar dalam bilik kain baju yang sempit kat atas, tapi esoknya kita akan jumpa jugak semua.

Apa pun untuk malam pertama tu, macam tu la keadaan kami, saya kat tingkat bawah , senang kat bawah tu ni ada bilik air, atas ada 1tapi bilik mandi je, lagi satu bilik air tu kami jadikan stor.

Jadi saya berbaring la kat bawah ni, ada bilik kecik satu bawah tangga tapi langsung tak boleh lelapkan mata, terlalu banyak perkara datang dan satu pun tak mampu nak fikir.

Kosongkan fikiran, usah fikir lebih-lebih. Kekal fikir positif dalam apa situasi, kononnya gitu la.

Dan pagi pun menjelang tiba. 

Jumpa esok untuk sambungannya.



p/s : Gambar sentiasa tiada kaitan.



Selamat Datang 2022

 Alhamdulillah atas keizinan Allah kita berpeluang untuk melangkah masuk ke 2022.

Catatan pertama 2022 sekadar satu dua ayat je.

Semoga 365 tahun ini lebih baik berbanding 365 tahun lepas.

Moga Allah merahmati setiap azam dan usaha kita untuk 2022 seperti mana 2021.

Amiin.




p/s : Berat 81kg hi hi.


Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu

 Sesungguhnya kan... dah setahun lebih tak balik kampung, 

Tipu la kalau cakap tak rindu.

Kampung halaman kita kan.

Tempat kita lahir dan dibesarkan.

Banyak kenangan pahit manis suka duka dilalui.

25 tahun tinggalkan kampung dan balik beberapa kali setahun.

Tapi rasa kasih sayang pada kampung halaman tu kuat dan padu dalam diri.

TInggal di selayang ni bukan setahun dua, dah lebih 20 tahun.

Tapi rasa tu tak sama.

Memang di sini la tempat bina kehidupan, beranak pinak kata orang.

Tapi rasa sayang pada Selayang Ku Sayang ni tak sama 

Ntah la macam mana nak cakap hi hi macam complicated sangat la mochik ni.

Si Zahra ada balik baru-baru ni, tumpang Ucu.

Sempat la dia pagi petang main air ombak.






Selain main ombak, makan sotong celup tepung juga hari-hari, ini memang niat dia

sejak PKP lagi, hari-hari sebut nak makan sotong celup tepung kat Pantai Telipot.

Mama dia tumpang tengok gambar je la.

Insyaallah ada masa boleh la balik jugak.



Kisah Buli di asrama

Ada viral di media social tentang kes buli pelajar MRSM baru-baru ni, tak sanggup nak tengok videonya.

Sedih hati tengok kes macam ni, siapa-siapa pun pasti akan punya rasa yang sama apatah lagi kaum ibu.

Saya memang ada anak tinggal di asrama, anak perempuan dah pun tinggalkan asrama selepas 5 tahun belajar di KUSESS, kini Umar yang masih di SAMER.

Saya tak tau adakah salah sorang daripada mereka ni pernah dibuli atau pun pernah jadi pembuli.

Kisah buli ni memang mereka tak pernah balik bercerita.

Kalau kita tanya, memang si kakak akan menjawab tak ada apa yang berlaku di asrama perempuan. 

Bagi si adik pulak pernah la dengar kena tolong siapkan homework abang senior ketika dia baru je masuk asrama dulu.

Lepas tu tahun ke 2 Umar di SAMER hanya sekejap kerana datangnya Covid 19.

Jadi masa yang betul-betul Umar di asrama adalah ketika Form 1. Memang tak ada cerita tentang buli walaupun hati seorang ibu nirasa mesti ada kes-kes buli ringan yang dia tak nak share.

Macam saya dulu duduk di asrama juga , tetapi memang langsung tak ada kes buli berlaku ( maksud saya di asrama puteri la, kalau di asrama putera memang tak tau).

Jadi saya tak pernah terfikir perkara yang sangat buruk ketika membuat keputusan untuk menghantar anak-anak  tinggal di asrama.

Kini dengan pelbagai cerita kurang sedap di dengar tentang kehidupan di asrama membuatkan saya berfikir macam-macam.

Dulu masa saya di asrama, banyak benda saya belajar kerana kita berdikari kan. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu patuhi undang undang asrama yang ditetapkan.

Kalau dulu kerja membasuh baju, melipat baju dan menyusun kemas di dalam kabinet baju adalah tugas mak, tapi selepas saya masuk asrama , kerja-kerja macam sangat mudah.

Waktu belajar secara tetap, waktu mengaji mengikut jadual, makan minum semua teratur, yang tak best cuma saya ni homesick memanjang sampai ke Form 4.

Sepanjang 4 tahun di asrama, sekali pun tak ada kes buli, kami hidup aman tenteram sangat, tapi itulah mochik memang tak tau tentang situasi di asrama putera. Pelajar lelaki pun tidak pernah bercerita ketika kami sama-sama di dalam kelas.

Sekolah saya dulu ada lah Sekolah Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Sekolah harian yang menyediakan asrama bagi pelajar yang memerlukan , biasanya yang jauh tempat tinggalnya macam saya ni la salah seorangnya.

Sekarang ni macam-macam dengar cara buli tu, memang menyesakkan dada para ibubapa.

Saya rasa pihak KPM kena la teliti semula garis panduan bagi pelajar di asrama.

Warden wajib tinggal sekali di asrama, cadangan ini sebab warden sekolah anak saya yang no 2 tu tinggal di rumah guru, bukan di asrama. Sedangkan pada masa saya di asrama dulu terdapat 2 warden tinggal sekali bersama kami di asrama. Jadi senang nak pantau pelajar buat bising, pelajar yang fly ( ni saya baru tau perkataan ni sejak anak masuk asrama, zaman saya tak pernah dengar perkataan fly ni).

Pasang CCTV di area yang menjadi tempat pelajar keluar dari asrama tanpa kebenaran.

Selain tu, anak-anak kena ada keberanian untuk melaporkan sekiranya dia dibuli, yang ni memang saya sendiri pun kadang geram sebab anak mochik sendiri pun kalau kita tanya selalunya jawapannya adalah tak ada apa-apa.

Saya masih ada lagi sorang anak di sekolah rendah, akhir-akhir ni saya sentiasa fikir yang no 3 ni tak perlu la bersekolah di asrama, tapi masih jauh lagi perjalanan menuju usia 13 tahun. 

Melawat Umar di asrama ketika 2019.


Melawat Nadhirah 2019.

Umar masih ada 2 tahun berbaki di asrama, semoga baik-baik saja sehingga ke selesai SPM, moga anak-anak kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selamanya, dijauhkan daripada melakukan perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada diri dan juga orang lain. Ameen.



Kisah Bermadu

 Dulu masa tengah aktif berblog, saya dgn seorang sahabat pernah bergilir update blog ni, dia tampil dengan label KISAH BERMADU, boleh klik pada label itu di blog  ni kalau nak baca semua cerita bermadu beliau ye.

Saya tengok statistik yang view post dia memang ribu-ribu , nak banding dengan post sendiri, sendu yang amat.

Kisah dia memang kisah benar.

Dan kisah tu memang kisah yang selalunya orang suka baca.

Kak Hani sekarang dah tak kerja, duduk rumah menghitung hari menunggu kelahiran cucu pertama!

Anak sulong Kak Hani dah kahwin ketika PKP hari tu, sekarang Kak Hani  tengah layan kerenah mak buyung la. 

Anak menantu tinggal bersama Kak Hani untuk sementara waktu sehingga habis berpantang nanti, Insyaallah.

Mochik sendiri pun dah lama gila tak jumpa Kak Hani tapi bertanya khabar adalah perkara wajib antara kami. Cuma kesibukan masing-masing tu membuat masa terbatas untuk kerap berhubung.

Kak Hani masih lagi bermadu, saya selalu doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah segala urusan Kak Hani.

Kak Hani pun dalam fasa gembira, tenang dan damai sekarang disamping 2 anak dan 1 menantu, tak lama lagi bakal cucu akan muncul menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Saya tumpang happy untuk Kak Hani.

Waktu-waktu lapang Kak Hani sekarang terisi dengan pelbagai aktiviti, dia pun dah jadi orang kuat surau taman perumahan dia. 

Alhamdulillah atas segalanya.

Mochik sentiasa doakan kebahagiaan Kak Hani dunia dan akhirat.


Nanti sesiapa nak baca kisah Kak Hani suatu masa dulu boleh klik Label Kisah Bermadu ye.





Novel S-K-Y by Fiy Suri

 

Dah ada yang baca novel ni?

Semalam sempat pulangkan beberapa buku yang dipinjam dari Perpustakaan Awam, dah pulangkan mesti la nak cari buku lain pulak untuk pinjam semula. Gitu la putarannya hehe, jenuh anak-anak menunggu saya pilih buku.

Terpandang je cover novel ni , hati terus terpaut. Nampak logo Iman Publications, hmm sure best ni sebab saya ni dropship buku-buku keluaran Iman Publications, memang buku-bukunya best.

Balik rumah terus baca beberapa episod. 

Saya rekomenkan untuk sesiapa belum baca buku ni, silalah baca , Insyaallah tak menyesal!

Buku ni mengisahkan SKY atau Nur Syakirah ,gadis yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir, ada social anxious , rentetan itu membawa kepada overthinking dan low self esteem. Sudahnya dia hanya berminat dengan lukisan dan menyendiri  di dalam bilik. Tapi dia sangat berbakat di dalam seni lukis.

Ok nak bagitau, baru la saya tau masalah yang saya alami selama ni ada persamaan dengan SKY ni, bukan la masalah pendengaran tapi tang SOCIAL ANXIOUS tu. Selama ni tak tau pun.

Saya rasa dah teruk apa yang saya alami selama ni tapi bila baca novel ni, masalah bertambah berat bila ada masalah pendengaran dicampur dengan social anxious. Kalau social anxious aja pun dah bawa kepada low self esteem macam saya ni apatah lagi SKY tu.

Secara ringkasnya kisah dalam novel ni:

1 - Kisah SKY - ada abang nama Jet. Ayah mereka ni dalam penjara, kerana memandu di dalam pengaruh dadah dan terjadinya accident yang menyebabkan kematian. 


2. Kisah Qid - rakan serumah Jet, ayat Qid dan adik perempuan Qid meninggal kerana kemalangan jalanraya. Umi Qid kahwin semula selepas itu dan Qid ada adik tiri.


3, Kisah Umar - sahabat baik Qid, telah meninggal dunia, ada masalah kemurungan, Umar meninggalkan Jurnalnya kepada Qid.

Novel ni mengajarkan kita lebih cakna tentang orang kelainan upaya, orang yang ada masalah dalaman, hubungan akrab adik beradik, hubungan rapat persahabatan antara Jet dan Qid. 

Apa pandangan kita bila melihat orang bermasalah seperti Umar, seperti SKY? Itu satu soalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita, apa peranan kita untuk membantu orang seperti mereka? Kalau kita parents kepada anak yang bermasalah macam tu, apa patut kita buat?


Kalau cerita lebih-lebih nanti jadi spoiler pulak kan.

Tapi sejujurnya memang saya dapat faham sangat situasi social anxious yang SKY hadapi.

Contoh : Nak jumpa atau bercakap depan orang, gemuruh tu sampai memulas perut, tangan basah berpeluh, fikiran tak boleh fokus walaupun orang bertanya soalan mudah pun kita tak mampu nak jawab .

Haa bab memulas perut kerana terlalu berdebar tu boleh bawa kepada cirit, ye memang kelakar tapi ni satu kebenaran ye, terlalu berdebar tunggu turn mengaji sampai hampir tercirit dalam kelas Talaqi. Ini satu pengalaman yang mochik masih simpan sampai hari ni.

Pernah soalan mudah ditanyakan oleh bos tapi tak dapat jawab dengan baik kerana terlalu gelabah.

Kalau nak emel seseorang, ambil masa yang sangat lama untuk karang dan susun ayat, taip delete taip delete tu perkara biasa la.

Tak berminat nak menambah kawan baru . Tak berminat nak bergaul dalam majlis-majlis perjumpaan.

Senang cerita rasa tak selesa berada dikalangan orang lain kecuali keluarga terdekat dan sahabat rapat. 

Gemar menyendiri, melakukan perkara yang boleh menenangkan hati, macam mochik minat membaca , baca la apa-apa yang bersesuaian. Selain tu suka mengemas rumah, ini pun buat kita rasa tenang dan macam satu terapi, terbaru suka tengok kehijauan pokok-pokok tanaman yang ada sekitar rumah  (

Sebelum ni ingatkan ini adalah anti social, sendiri namakan macam tu, ooo rupanya masalah ni adalah social anxious.

Saya rasa kawan-kawan rapat  pun tak faham apa yang saya alami , mereka faham yang saya ada masalah darah gemuruh tapi sebenarnya lebih dari itu, family sendiri pun tak dapat menyelami apa yang saya rasa.

Dek kerana rasa anxious tu ada beberapa peluang yang mochik lepaskan.

Tapi saya respek dengan SKY kerana dia tak lepaskan peluang yang ada, belajar hingga berjaya, Saya percaya ini adalah kerana sokongan padu dari abangnya , Jet dan juga sokongan Qid. Selain itu ada sahabat SKY yang memahami dan sentiasa memberi sokongan .


Jom baca/beli, buku macam ni sebenarnya ada ilmu walaupun nampak macam hanya sekadar cerita.