Tanaman Bonsai

Adik saya sekarang ni betul2 gila menanam pokok bonsai yang diberi nama Celoreng Atap...ha ha jangan lah terkejut kalau tak pernah dengar nama tu, saya pun tak pernah dengar...

setakat ni kat rumah saya di Terengganu dah ada lebih kurang 30 pokok, saya ada attachkan satu gambar pokok yang paling hidup subur...baru-baru ni ada sorang tauke cina dari bandar datang tengok2, dia ckp pokok tu perlu dibela sehingga 3 tahun lagi untuk mencapai tahap yang tauke tu inginkan...buat masa sekarang harga paling tinggi yang diletakkan oleh tauke cina tu ada RM200.......

oleh kerana tauke cina tu cakap bela dulu hingga 3 thn lagi baru nampak betul2 cantik, saya mencuba nasib membawa pokok tu ke rumah saya di Selayang...adik saya mmg risau kalau2 pokok tu mati dibawah jagaan saya, tau jelah jaga pokok bonsai ni bukannya mudah...sekarang ni tak pasal2 saya mcm dah ada 3 orang anak pulak yang perlu diberi perhatian...he he..

Kalau ada sapa2 yang berminat nak beli, nak tukar idea ,nak kasi tip penjagaan ttg pokok bonsai ni saya sgt alu-alukan....

Inilah pokoknya, saya beli dr adik saya dengan harga RM100.

0 comments :

Post a Comment