Saya suka sangat menjawab teka silangkata..dulu masa kecik-kecik , arwah ayah saya sanggup langgan Utusan Malaysia setiap hari kerana saya suka membaca dan paling suka menjawab teka silangkata.
Sekarang ni minat saya tu turut dikongsi dengan anak dara saya, Nadhirah. Dia suka menyusun silangkata yang mudah-mudah.
Sebenarnya aktiviti ini merangsang minda untuk berfikir dan menjadikan kita lebih sabar..walaupun ada waktunya tak cukup sabar kalau cuba-cuba masih juga tak tepat jawapannya.
Abah mertua saya punya kesukaan yang sama, menjawab teka silangkata..pernah memenangi hadiah . Kalau soalan macam pening sikit, dia akan rujuk kepada Kamus Dewan sekiranya ada kekeliruan atau kemusykilan.
Selain itu, kita akan sentiasa terdorong untuk mencari maklumat-maklumat semasa sebagai persediaan untuk menjawab teka silangkata…mungkin sesetengah orang macam tak ada apa je, tapi sebenarnya aktiviti tu amat bermanfaat sekali.Boleh dijadikan aktiviti keluarga dihujung minggu atau pun aktiviti ketika kita bersantai lepak-lepak depan TV.
0 comments :
Post a Comment