Agak lama tak update, ada le dalam beberapa hari..kira lama la kan sebab orang update blog sekurang-kurangnya 1 post setiap hari. Pernah terbaca tentang Redmummy pernah update blog selang 45 minit.
Ada waktunya kita rasa macam malas je nak meluahkan apa yang penuh bersarang dalam minda, dalam jiwa dan membuatkan segala saluran tersumbat dengan rasa yang pelbagai.
Tapi kalau terus-terusan membiarkan penyumbatan masalah ni, bahaya jugak tau!, tak pasal-pasal boleh jadi sakit mental.
Minggu lepas ada terbaca tentang peningkatan kes pesakit mental di M’sia dan kaum wanita yang lebih ramai menghadapi masalah sakit mental secara tanpa disedari.
Agaknya kenapa wanita makin ramai yang menghadapi masalah mental ni?
Kalau tanya saya, jawapan saya adalah kerana bebanan dan tekanan dalam menghadapi kehidupan yang begitu kompleks membuatkan kaum wanita jadi stress. Kalau tiada tempat untuk meluahkan rasa, mendapatkan bantuan ( tak semestinya bantuan materialistic), tidak persefahaman daripada orang-orang yang terdekat pastinya mengundang sakit mental datang bertamu.
Dekatkan diri kepada Pencipta adalah jalan yang terbaik kerana hanya padaNya tempat kita mengadu dan memohon dan hanya DIA yang MENGERTI DAN MEMAHAMI SERTA MENGETAHUI apa saja penanggungan kita.
Jangan menyerah kalah kepada keadaan dan membiarkan diri tewas kepada masalah dan tekanan.
Ok itu kisah sakit mental..stop situ je .
Ni kisah saya yang begitu sukar nak cari masa yang sesuai untuk update blog pun satu hal jugak yang boleh bagi tekanan pada diri sendiri.
Masalahnya cuma saya yang tak dapat nak bahagikan masa..itu je..time anak tidur je laju tidur sekali, sudahnya celik-celik mata dah pukul 5.30 pagi..
Konon-kononnya 2011 ni nak update blog tiap hari tapi rasanya tak capai sasaran.
Sebetulnya selain masa, saya tak begitu berada dalam mood yang baik untuk menjenguk blog sendiri apatah lagi blog orang lain.
Tanpa sebab yang begitu pasti kenapa tiada mood tapi bolehlah dikatakan sebagai hati tidak begitu seronok.
Kenapa tidak seronok? Itu mungkin macam-macam jawapan yang boleh disenaraikan.
Tapi tak perlu la disenaraikan , tiada faedah untuk sesiapa dan juga diri sendiri.
Siang tadi mak saya telefon tanya khabar, rindu betul pada mak terutama bila hati dirundung perasaan yang tidak menentu seperti sekarang, kasih sayang ibu kekal sampai bila-bila walaupun kita sendiri dah tua bangka tetap juga merasa aura kasih ibu.
Mak saya. |
kebelakangan ini membelek album lama dah jadi saya hobi pulak, bila bosan je pasti selak album lama, tengok gambar-gambar masa dulu-dulu, masa anak masih kecil, masa badan belum betul-betul maju..
Ni gambar Nadhirah ketika kecil, dia memang suka bergaya ala model ...
Rambut Dhirah yang hanya panjang setelah usia 6 tahun.. |
Dan ini pulak gambar Umar kali pertama botak, kata mak mentua saya, dia sedih melihat gambar ni ,macam budak yang dipaksa botak je.
Inilah saja catatan untuk malam ini..semoga diri saya sendiri merasa lega sedikit selepas menulis yang ala ala syok sendiri di blog sendiri.
0 comments :
Post a Comment