Kebiasaannya kalau ke sana, saya dan 3 bodyguard akan turun dari rumah sebaik saja selesai solat Subuh..memang awal kerana nak dapatkan parking yang strategik bukanlah mudah dan lebih-lebih lagi kalau driver tu adalah saya , memang fail bab-bab parking.
Hari ni kami membeli sedikit je barang keperluan, padanlah dengan wang yang disediakan oleh Penyedia Kewangan di rumah ni.
Apa yang kami beli hari ni adalah tepung gandum, bilis, ikan gelama, hati dan pedal ayam, halia dan kunyit, cili merah dan cili api, kobis bulat, drummet ayam, santan dan jajan.
Balik dari NSK, kami santai bersarapan pagi di kedai yang kami gelarkan Kedai Makcik Kelantan terletak berdepan dengan Sekolah Menengah Selayang Baru. Semua sepakat untuk bersarapan nasi lemak berlaukkan paru goreng dan teh panas.
Kenyang perut, hati senang, balik rumah jalankan tugas-tugas yang sedang menanti. Tapi sebelum tu haruslah update blog dulu,kan? Jadi sekarang sedang update blog , kejap lagi nak memasak untuk makan tengahari.
Penyedia Kewangan cadangkan goreng kunyit pedal dan hati ayam, lauk lain fikir sendiri!
Ok, mungkin masak lemak putih kobis je lah kot sebagai tambahan kepada goreng kunyit pedal dan hati ayam tu.
0 comments :
Post a Comment