Kedai yang terletak di Selayang Baru sentiasa menjadi tempat kunjungan kami sejak hampir 9 tahun lepas..sikit hari lagi cukuplah 1 dekad kami menjadi pelanggan setia..
Bihun sup kat sini memang sedap, kuahnya tak berminyak dan tak jemu dimakan walaupun setiap hari.
Nanti kalau saya dah ada hp berkamera bolehlah saya tempek gambar kat blog tunjuk macam mana rupa bihun sup tu, mana tau bila baca bihun sup terbayang pulak nasi lemak, mee goreng ke.
susah kan kalau cerita tanpa gambar, tujuan penceritaan tu tak begitu jelas dan sampai pada pembaca tapi apakan daya sang penulis tiada kemampuan untuk membeli hp yang ada kamera sekadar mampu memiliki hp yang paling asas je , dpt sms dan call, itu pun dah cukup bersyukur dah sangat2 ( itu pun bukan beli, ada yang baik hati kasi hadiah ntah berapa tahun dulu, kot2 orang yang sama tu terbaca post ni, tak nak kasi hadiah hp berkamera ke pulak? he he)
Berbalik semua kepada cerita tentang bihun sup 88 ni , saya rasa keistimewaan utama adalah kuah sup yang tidak berminyak, sesuai untuk orang yang berdiet hmmm sesuai untuk saya sendiri la tu...jaukan minyak dan lemak, kata doktor, selalu makan sup tanpa minyak!
Kedai ni tak lah besar mana, pelanggan sentiasa ada, kalau terlambat sikit memang tak sempat ..saya tak pasti waktu perniagaan bermula pukul berapa hingga pukul berapa kerana waktu saya ke sana adalah lepas solat maghrib. Kalau terbabas sampai ke sana selepas Isyak, InsyaAllah licin semua sup, tinggalkan periuk sup je.
Adapun yang dinamakan Sup 88 itu tidaklah pulak saya ketahui asal usulnya. Mungkin start bisnes pada tahun 8/8/1988 kot..lain kali kalau ke sana, boleh tanya apa sebab letak nama Sup 88.
Makanan lain yang dijual disitu adalah char kuey teow original Penang dan Sate.
Sapa-sapa rasa teringin nak cuba boleh lah ke kedai tersebut di Selayang Baru.
sekian iklan percuma dari saya.....
0 comments :
Post a Comment