Berdua Lebih Baik

Tatap gambar dulu sebelum baca cerita he he..




Oleh kerana hari ni 2 orang dewasa dalam rumah ini bercuti, kami plan untuk ke Shah Alam, ada hal sedikit, mungkin lain kali buat satu entry tentang hal ke Shah Alam hari ni.


Dan gambar di atas adalah bukan gambar hari ni ..he he ....satu ni je ada gambar berdua yang agak terkini..ehh baru perasan macam dah lama tak ada gambar berdua.


Hmm begitu lah kalau dah ada orang-orang kecil di sekeliling di dalam rumahtangga , masa dan perhatian bercabang-cabang.


Tadi sekejap je di Shah Alam kerana urusan tu pun sekejap aja, urusan saya sebenarnya dan nak ke sana sendirian sama seperti menghantar diri kepada kesesatan jalan .Saya ni memang susah nak ingat jalan, hari ni pergi esok-esok kalau pergi sendiri mesti sesat punya.


Balik dari Shah Alam kami singgah mengisi perut di Restoran Pak Tam di Bandar Baru Selayang,

Pak Tam di depan restorannya, gambar ihsan Pak Tam sendiri..ambil dr blog Pak Tam

Dulu masa Pak Tam meniaga di kedai biasa je lebih kurang 10 tahun lepas, kami berdua ketika itu masih belum ada apa-apa ikatan keraplah melepak kat kedai Pak Tam...saban minggu ( sabtu dan ahad tengahari pasti ada muka kami berdua di celah-celah pelanggan Pak Tam yang lain..


Sekarang ni kami kerap juga ke sana biasanya pada waktu malam di hujung minggu.


Makanan kat sini sedap dan harga berpatutan. Sekarang restoran ni berhampiran dengan stadium MPS.


Kiranya hari ni kembali ke zaman silam la sekejap, mengenang kisah lalu..ok jugak la kan, kalau anak-anak ke sekolah kita berdua pulak bercuti, keluar makan-makan, sembang-sembang berdua tanpa sesapa mencelah perbualan kita. Kalau ada budak berdua tu, memang  tak cukup mulut nak menjawab persoalan-persoalan, tak cukup telinga nak mendengar kisah mereka berdua.


Balik rumah seperti biasa, dewasa perempuan mengadap pc, dewasa lelaki  menganyam mimpi....zzzzzzz


Sekiannnnnnnnn....

1 comments :

AMIIZAA@Mieja said... [Reply to Comments]

salamss kak aya,

kaka aya tetap comel manis:)
betul kata akak bila dah ada yg kecil2 bercabang-cabang perhatian kita jadiknya...

Post a Comment