Saya ni bolehlah dikatakan salah seorang pendengar Hot FM setiap pagi dan petang ( itu je pun masa yang ada untuk dengar radio)..dulu-dulu pendengar setia Radio Era, lepas tu beralih kepada SinarFM dan kini Hot FM Lebih Hangat Daripada Biasa.
Saya pasti ramai yang turut menjadi pendengar setia Hot FM, mungkin semua DJ Hot FM ni segar dan bertenaga, sentiasa ada idea yang membuatkan kita seronok dan happy je , lagu-lagu yang diputarkan semuanya best. Paling saya suka bila time PANGGILAN HANGIT dan teruja untuk mendengar topik untuk Hot Chat setiap pagi.
Entry ni terhasil kerana pagi tadi Hot Chat dengan topik ALASAN TAK MUNASABAH. Macam-macam alasan yang diberikan berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan.
Ada yang bagi alasan:
- tak jawab panggilan kerana HP tiada kredit
- lambat ke kelas kerana terpaksa beratur untuk mandi
- alasan diserang sakit perut yang kritikal untuk keluar berkaraoke
- ponteng sekolah kerana terpaksa jaga adik walhalnya anak bongsu
Dan macam-macam lagi la….
Teringatlah satu alasan yang pernah saya berikan kepada bos di tempat kerja lama dulu , iaitu ketika bekerja di satu company di Jalan TAR, (rasanya dah tak ada company ni sekarang). Company ni adalah majikan pertama saya setelah menjejakkan kaki ke KL.
Permulaan cerita adalah kisah makcik saya kerap migrain yang teruk hingga muntah-muntah dan tak berdaya nak bangun, nak ke klinik pun dia tak larat, bila dah dia berkeadaan macam tu tak sampai hati untuk saya tinggalkan dia sendirian. Jadi jalannya tiada lain, terpaksa call pegawai bagitau terpaksa ambik cuti kecemasan kerana makcik sakit. Pegawai cakap ok dan minta saya cerita pada “bos dalam” esoknya.
Esoknya dengan lutut yang menggigil, saya terpaksa masuk berjumpa bos yang bertugas bahagian admin ( ada 3 bos perempuan semuanya adik beradik), yang handle admin ni namanya Ms Karen, dia tanya la kenapa semalam ambik EL sedangkan saya baru je kerja , belum confirm tak entitle untuk ambik cuti ( muka garang sungguh weii) , tanpa saya plan terkeluar dari mulut saya,
“ sebenarnya makcik saya disahkan mengidap Kanser Otak”… ( sebenarnya ini bukan alasan tak munasabah kan? lebih sesuai menipu)
Terbelalak mata bos saya itu. Maafkan saya ye bos…dan maafkan anak buah mu ini, Su.
Lepas tu banyak betul pertanyaan yang keluar dari mulut dia, punyalah teruk saya berbohong hinggakan bagitau bos konon-konon doktor cadangkan makcik dioperate.
(Alhamdulillah makcik saya masih sihat walafiat sampai sekarang dan migrain pun dah jarang-jarang datang menyerang).
Nasib baiklah saya bekerja situ hampir 3 bulan je, sejak bos tau tentang “Kanser Otak” itu, dia kerap follow up tentang kesihatan makcik saya …kesian dia sebab sudah tersalah tunjuk simpati, bukan senang nak dapat simpati daripada bos yang garang dan tersangatlah strict ni..
Hmmmmm tiba-tiba terimbau kembali saat bekerja disitu, memang banyak pengalaman yang dapat dikutip, ketika itu usia baru je 22 tahun, ooohhh muda belia lagi, naik bas mini dr Jalan Ipoh turun di depan Globe( masuk masukkkkk, rapat rapatttt ,jerit konduktor bas mini), beli nasi lemak kat kedai tepi Panggung Collessium( eh betul ke ejaan ni), selalu beli nasi lemak sambal paru ( RM1.20).
Kami hanya dibenarkan masuk ke dalam pejabat tepat 8.30 pagi, kalau tersalah awal melanguk la depan pintu pejabat, waktu lunch pukul 1 wajib keluar dari ofis, saya selalunya beli makanan dari gerai yang berderet tak jauh dr EPF, makan kat satu ruang kecil tepi tangga bersama kawan ofis, bentang kotak, kemudian lari-lari ke Bangunan Bank Islam , di situ selalu ada tazkirah sebelum solat berjemaah. Kat ofis mana ada tempat untuk solat sebab itu bukan company Melayu walaupun banyak sangat bilik-bilik kosong kat dalam ofis.(Staff Muslim ada 4 orang dan staff India ada 4 orang tak termasuk bos la).
Waktu yang dibenarkan untuk masuk semula ke dalam ofis adalah pukul 2 petang, berdedai lah kami staff beratur masuk ofis . Pukul 5 tepat semua berdedai balik , time tu setiap Sabtu adalah hari kerja separuh hari.
Banyak cerita sebenarnya tentang company tu dan banyak hal yang perlu dipatuhi dengan gaji yang kecik, cuti tahunan 3 hari untuk tahun pertama, serta tiada apa-apa benefit lain pun( percaya tak, saya dan lagi sorang staff admin setiap bulan berjalan kaki ke Menara Maybank untuk tunaikan gaji untuk 8 orang staff), membuatkan saya begitu aktif mencari kerja lain dan akhirnya berjaya meloloskan diri dari situ dan menyertai MAA hinggalah sekarang ni.
Terimakasih untuk bos saya yang setuju terima saya join Actuarial Department, MAA Berhad..
Dan disitu segalanya bermula..
Terima Kasih HotFM kerana telah mengembalikan ingatan saya kepada permulaan kisah hidup saya di KL.
1 comments :
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment