Hari Penilaian Tadika Naluri Kreatif

Seperti tahun yang sebelumnya, setiap tahun ada 2 kali di adakan Hari Penilaian, pada May atau Jun dan Oktober atau November.


Tadi adalah Hari Penilaian Semester 1 untuk tahun ni. Secara keseluruhannya, banyak peningkatan positif pada Umar dari segi tngkah laku, pergaulan, pembelajaran dan seni kreatif. Dia dah mula dapat dapat membaca ayat-ayat mudah dan sudah dapat melakukan solat walaupun tidak sempurna sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah tak terhingga kerana Umar adalah anak yang sungguh banyak "cerita".


Dibawah ni adalah gambar-gambar yang sempat disnap oleh si kakak dan si abah tadi.

Kami bersama Teacher Ida dan Teacher Wawa. 
Sementara menunggu giliran untuk berjumpa guru kelas Umar..

Umar menunjukkan salah satu hasil tangan beliau

Lagi satu hasil tangan Umar

Salah satu kelas belajar


Teacher Rahmah merangkap guru kelas Umar..

"Umar dah baannyaaak peningkatan!', kata Teacher Rahmah.

Hasil tangan Umar

Hasil tangan Umar

Nadhirah suka dengan siling yang berhias ni..
Dalam gembira dengan pencapaian Umar , saya agak sedih bila dapat tau Teacher Ida merangkap penyelia Tadika Naluri Kreatif Cawangan Selayang akan berhenti dan akan menumpukan kepada tadika beliau sendiri pada bulan depan. Selama ni saya selalu je berurusan dengan beliau sejak Nadhirah masih belajar di situ lagi, Teacher Ida banyak membantu selain mengajar anak-anak saya , beliau juga seorang yang bertolak ansur, yuran bulanan dan overtime saya diberikan diskaun sepanjang tahun, lepas ni bersedia la untuk membayar harga penuh.


Rasa macam nak tukar tadika tetapi Umar dah agak selesa di situ jadi saya tak nak ambil risiko.






4 comments :

Cikbintang said... [Reply to Comments]

ermmm...trpegun melihat prkembgn ank2 akak....
saya mula trsenyum mmbygkn emak dan abh saya membesarkn kami =)

Kak Aya said... [Reply to Comments]

cikbintang - semua ibu merasa lega bila anak menunjukkan perubahan positif..

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

seronok acikzai tgk hasil kerje umar nie...

Nuraliyah Mn said... [Reply to Comments]

salam kak aya.. blh tanya tak, sebulan brapa rm utk yuran tadika naluri ni? tgh mncari2 tadika yg sesuai utk anak yhn depan..

Post a Comment