Mood ke laut je....

Susah betul nak kekalkan mood di dalam menulis entry , blogwalking dan meninggalkan komen.


Sekali mood berubah, berhari-hari tinggalkan blog.


Blogshop saya pun dah lama terbiar sepi tak dikemaskini.


Stok selimut tampal, stok bedung yang dah siap jahit banyak kat rumah tapi malas nak upload gambar.


Eii tak tau la macam mana nak kembalikan mood untuk jadi lebih rajin lagi.


Esok dah tau mesti mengantuk kat ofis ( tiba-tiba masuk bab mengantuk)


Sebenarnya kalau kat rumah, susah betul nak lelap tapi cuba kalau kat ofis, melenggang masuk je menuju ke tempat duduk, bermula la kerja-kerja senaman otot mulut yang dipanggil menguap.


Ini semua berkaitan dengan semangat, adakah semangat saya telah hilang?


Sabar je la....

3 comments :

ct N honey said... [Reply to Comments]

upload lah gambar selimut tampal tu,nak gak tgk,mesti cantikkan.ct pun hobi buat tu gak.

Azian Elias said... [Reply to Comments]

Build up balik.. Selalunya itu mainan emosi..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

ct - selimut tampal yang saya jual adalah dijahit di kilang..tak la secantik jahitan sendiri.

Yan - susahnya nak build up semula....mcm down tak tentu hala je fikiran ni..

Post a Comment