Nadhirah la yang beria-ria nak mandi manda di Ulu Yam bila tau mamanya bercuti dan mama nya tersangatlah tak cukup berani untuk drive ke Ulu Yam , ditambah pulak pergi hanya bertiga , mengurangkan lagi tahap keberanian yang sememangnya hanya ciput cenoet je.
Jadi saya memberi cadangan mandi manda je di Bukit Lagong , berdekatan Taman Bidara, Selayang sebab rasa macam senang je nak pergi ke situ. Tapi bila ketua keluarga rumah ni awal-awal dah cakap, jalan sempit nak ke Bukit Lagong tu dan tempat tu pun agak sunyi, hati menjadi berat nak pergi tapi tak adalah bagitau pada budak berdua ni.
Pagi ni baru saya membuat keputusan untuk batalkan plan tersebut dan cadangkan agar mandi je dalam kolam plastik kat rumah. Rasa macam cuak pulak nak ke sana bertiga, tau jelah tempat macam tu ..kalau tak ada lelaki dewasa terasa kurang seronok sikit.
Boleh bayangkan macam mana reaksi Nadhirah? Terus menangis seperti kena pukul kerana terlalu kecewa.
Umar seronok je mandi sorang-sorang, kakak dia merajuk menangis sambil on pc dan belek blog dia. Merajuk gaya baru ke ni?
Gambar kakak tak ada ..dia marah ambil gambar dia, yelah tengah merajuk katakan...
Ketika entry ni di taip, perlahan-perlahan Nadhirah masuk ke dalam kolam plastik dan join adik dia.
2 comments :
hahahaa.. kak aya duduk mana ni? boleh plak nak g bukit lagong.. maknanya kite ni dekat lah kak oii..boleh jumpa nanti.
bolehlah jumpa, kak aya tinggal di selayang mulia je...nak jumpa kat bandar baru selayang pun boleh,situ banyak tpt makan..he he..
Post a Comment