Xray
Saya diarahkan oleh in house doctor untuk buat pemeriksaan xray untuk menentukan keadaan paru-paru selepas beliau memeriksa paru-paru seperti ada bunyi nafas yang agak teruk.
Ayatnya sebelum saya keluar, “kalau keputusan xray tu mrengatakan u ni pneumonia, I akan hantar u ke wad’
Ohhh sungguh menakutkan lah ini doctor, bukan nak bagi kita cool.
Syukur tiada apa yang sangat serius selain saya disahkan mengidap Bronchitis.
KLCC
Saya mengakui yang saya memang jarang gila ke KLCC, tak ada sebab nak kesana, nak bershopping rasanya banyak tempat lain lagi yang sesuai dengan tahap kekembungan poket saya. Kalau takat nak cuci mata aja, baik tak payah buang duit..ada tak ada bawak anak ke taman KLCC je. Itu pun cukup-cukup jarang.
Bila kena buat xray kat KLCC, pergi pulak seorang diri, terasa sungguh canggung sekali, tak ubah seperti rusa masuk kampung tapi tak ada lah tunjuk jakun sangat. Sebelum ke sana, awal-awal dah tanya pada bos kat ofis, dia dah peta secara ringkas untuk ke tempat xray.
Bila sampai di klinik tu, kelihatan seperti semuanya pesakit yang berkedudukan je, bekas TPM pun ada kat situ tadi. Hinggakan saya merasa sedikit segan nak mengeluarkan handphone ketika bunyi mesej masuk kerana handphone saya terlalu old fashion ha ha tak patutkan saya ni. Saya perhatikan kiri kanan belakang depan semuanya memegang Blackberry, pastilah terasa agak segan nak keluarkan hanphone yang tak ada kamera tu.
Kerenah manusia.
Selepas X ray, perlu menunggu 45 minit untuk dapatkan report dan filem Xray.
Saya ke foodcourt yang tak jauh dari klinik tersebut.Ketika itu dah pun tiba waktu makan tengahari, tempat duduk memanglah penuh. Saya terkial-kial membawa makanan mencari tempat duduk, terjumpa la satu meja 4 kerusi, ketika itu ada seorang wanita sedang makan, saya bertanyakan ada orang lain ke kat meja ni?
Wanita itu: depan saya ni ada orang, lagi 2 tu tak ada orang ( bercakap sambil menyuap makanan , langsung tak pandang muka saya)
Saya : kalau macam tu, boleh lah saya duduk kat sini.
Tak ada kedengaran jawapan daripada orang tu tapi saya tetap duduk dan makan.
Saya pun tak berani nak tegur sebab muka macam stress je sambil makan
Tak lama kemudian datang seorang lelaki yang dikatakan duduk di kerusi depan beliau. Lelaki tu rupanya ke tempat cashier untuk komplen harga nasi campur untuk 2 orang adalah rm17..katanya terlalu mahal..lelaki tu peramah pulak, siap tanya berapa harga makanan saya, asal mana, apa pendapat saya tentang harga makanan di foodcourt tu?
Saya pun sekadar berbasa basi kerana perempuan tu dah mula bersuara tentang ketidakpuasan hati beliau tentang layanan dan harga makanan disitu.
Lepas makan saya terus beredar dari situ, tak nak terlibat dengan masalah mereka.
2 comments :
ragam manusia... dari depan mata hingga lah ntah sapa2...
betul Puan Zai, kalau memerhati kerenah manusia kita boleh buat andaian macam2
Post a Comment