Bahana Ibu Leka Berblog

Saya memang lama sikit mengadap blog pagi ni, selepas bersarapan bersama anak-anak, suami pula kerja hari ni.


Memang saya kasi can mereka berdua nak main apa, tak naklah marah-marah **kononnya..


Ketika saya ralit menulis entry contest di atas, Dhirah datang bertanyakan kepada saya:


Nadhirah : Mama, boleh tak kalau Dhirah nak potong rambut takat ni kat dahi?


Mama : hmm boleh...


Tak lama selepas tu, dia datang kepada saya dan menunjukkan rambut yang dah dipotong!
Terkejut bukan kepalang saya melihatnya.




Belum habis terkejut Nadhirah potong rambut, datang pulak si adik, bagitau dia pun potong rambut jugak.




Nadhirah cakap " bukan salah dhirah pun, sebab dhirah dah pun mintak izin tadi"


adoiii la mama ni ingatkan nak potong kat kedai..


terpaksalah off dan mengemas apa yang mereka dah sepahkan....

6 comments :

atuk said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

bijak bijak...
tanda anak2 yg suka berusaha sendiri

Wassalam

Marlina Mohtar said... [Reply to Comments]

hehe...sampai mcm tu ye kak? hehe, lucu lah.

memang kdg2 kita jadi ralit bila dah buka blog ni kan?...

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Rozali - salam..ngeri jugakla tadi sebab gunting tu tajam..gunting tu untuk gunting kain, dia lapik kerusi untuk ambik kat atas kabinet.

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Ummi Na - itu lah, kadang2 kalau dah mengadap blog, tak sedar anak buat apa..

Unknown said... [Reply to Comments]

muahaha....lurus bendul betul anak akak..:)

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Papa Mifz - sekarang dia asyik cakap rasa lawa sangat hari ni dengan rambut baru.

Post a Comment