Sebelum bercuti dah mengadu malas, patutnya selepas balik bercuti, mood nak kerja datang menggila. Tapi nampaknya sama saja. Adakah ini bermakna saya sudah makin menuju ke garisan pencen?
Agaknya sebab terlalu lama membuat sesuatu perkara yang sama je sejak berbelas tahun yang lalu, perasaan malas nak kerja datang menghantui dan mengacau hati dan perasaan saya.
Apa pun, malas macam mana pun, mesti pergi kerja juga..tak perlu ada orang seret untuk ke pejabat, sekejap lagi dengan sendirinya bersiap dan ke pejabat walaupun hati cukup malas dan berat .
Ini la salah satu sisi gelap saya ( **sisi gelap ke macam ni?) ..ada tak sesiapa boleh tolong saya bagi sedikit insipirasi untuk rajin pergi kerja? Kalau anak malas ke sekolah, kita tau nak nasihat macam mana tapi kalau kita yang malas?
7 comments :
Go kak aya.. Go!!! Rezeki utk anak2.. Tengok muka depa untuk jd pembakar semangat nak mulakan keje.. Ceritakan perihal depa supaya rasa lebih fresh pg ni.. Anak2 akak sihat?!! :D
Assalamualaikum Kak Aya
selamat bertugas kembali
Wassalam
mungkin kak aya dah jemu kerja .. biasa perempuan gitu lah kak.. tk tahu nak nasihat cam no sy tk kerja ..
salina@IbuAqil - memang betul...dengan memandang wajah anak-anak, semangat yang hilang ditemui kembali...t.kasih atas nasihat dan panduan!
Razali - nak tak nak, mesti ke pejabat sebab itu la punca rezeki, ikhlaskan hati demi keberkatan hidup.
puan bee- bila kak aya dapat peluang jadi surirumah macam Puan Bee?
kakaya, time malas keje tu ingat kat encik bank pasti bersemangat hehehe
Post a Comment