Hari Susu Sedunia

Tadi buka Channel 708, nak tengok HotFm AM Krew. Pelik juga tengok FBI dan Fafau berpakaian serba putih, rupanya sempena Hari susu Sedunia yang jatuh pada tarikh hari ni.


Hot chat pagi ni adalah apa saja mengenai susu.  Macam-macam cerita tentang susu yang sempat saya dengar.


Salah satu yang menarik perhatian saya adalah petua daripada salah seorang pendengar ayng menelefon iaitu sekiranya sesiapa yang sakit mata, boleh cuba meletakkan susu ibu pada mata yang sakit.


Kalau mata yang sakit tu adalah sebelah kanan, erlu ambil susu sebelah kiri, kalau mata sebelah kiri, ambil susu sebelah kanan. Senang je kan? Cuma susahnya kalau tiada orang yang boleh memberikan susu ibu ketika kita memerlukan, jenuh nak tanya jiran-jiran..kalau dah macam tu, terus je la ke klinik ye! 

6 comments :

Kotak Mancis said... [Reply to Comments]

mmg betul petua tu... mmg berkesan guna susu ibu nak ubat sakit mata... klu xpecaya cuba lahh...

Matjoe said... [Reply to Comments]

susu pon dah mahal. kalau xde subsidi lagi mahal

Kak Aya said... [Reply to Comments]

kotak mancis - mungkin boleh cuba nanti kalau sakit mata.

matjoe - sekarang dah tak tau apa yang murah lagi dah...

Sunah Sakura said... [Reply to Comments]

@Kak Aya

selamat hari susu sedunia kak aya~ jom minum susu jom~

Unknown said... [Reply to Comments]

masa kecik dulu mak penah guna petua ni.. memang betol berkesan.. =)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ni first time dengar pasal petua tu.. :)

- Penjejak Mimpi

Post a Comment