Koleksi tembaga pusaka warisan keluarga hilang!

Hari ni makcik balik ke Terengganu untuk menguruskan persiapan kenduri kahwin adik lelaki saya. Majlis akad nikah minggu depan (25/6/2011) kat rumah pengantin perempuan di Ipoh manakala majlis menyambut menantu pulak di rumah mak saya di Terengganu pada 11/7/2011.

Ini bukan kisah sebenarnya yang nak diceritakan , sebenarnya tadi makcik telefon dari kampung bagitau tentang kehilangan barangan tembaga milik mak yang tersimpan sekian lama telah pun hilang dan gagal dipastikan sejak bila ianya hilang.

Walaupun tak lah banyak barangan tembaga yang ada di rumah mak namun ianya adalah barangan yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

Separuh barangan adalah daripada arwah nenek sebelah arwah ayah saya manakala separuh lagi adalah daripada arwah nenek sebelah mak saya.

Mak dan makcik agak terkejut dengan berita kehilangan ini kerana tembaga Terengganu begitu berkualiti dan bermutu tinggi.

Barangan tersebut adalah kuali besar, kuali kecil,tempayan bertutup yang boleh dijadikan tempan menyimpan barang, ketor air ( ni dlm bahasa Terengganu) dan beberapa barang kecil yang lain

Kat kampung saya tu memang ramai budak-budak yang pantang tengok benda-benda berharga macam ni, sebelum-sebelum ni dah banyak rumah yang kehilangan barangan tembaga., kali ni giliran rumah mak pulak.

Nak dikesalkan pun dah tak berguna, benda dah pun terjadi…..anggaplah bukan rezeki kita walaupun ianya amatlah pedih untuk diterima.

2 comments :

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

sayangnya ilang tembaga2 tu... mana lah ilang brg mak tu...

Kak Aya said... [Reply to Comments]

itulah Puan Zai, semua tu memang berharga walaupun bukan untuk dijual...

Post a Comment