Lelah tak lelah sama je aktifnya..

Bila nampak Umar macam batuk-batuk je terus bawak Umar ke Klinik Ansar, dalam hati dah berkata mesti kena ambik nebulizer ni.. 


Bila saya cakap kena ambik nebulizer, jangan bayangkan Umar macam semput kepenatan, tak dapat bergerak...jangan ye sebab dia kekal aktif macam biasa je tapi kita sebagai ibu memang dapat mengesan kalau dia seperti memerlukan pertolongan gas.


Sampai klinik, doktor baru keluar makan tengahari...menunggu memanglah tak ada masalah tapi pening tengok Umar dan Nadhirah yang tak ada silu langsung jadikan klinik tu macam rumah sendiri.

Mereka membetulkan ( mengalihkan sebenarnya) kedudukan paku picit pada papan kenyataan ...

Tengok Umar tu, berkaki ayam ..menekan loceng berkali-kali...kerani dah masak  dengan peel  Umar
Nadhirah pun sama naik dengan Umar...patut dia tunjuk contoh yang baikkk sikit.

Rajin betul kalau buat  kerja tak ada faedah...

Bergambar depan kaunter klinik...lambatnyaaa doktor datang.

Berlakon jadi orang sakit...ni memang pantang dapat peluang berlakon sorang-sorang...

Umar menunggu dengan cuak...pembantu klinik sedang memasang alat nebulizer

Dia menjerit marahkan saya mengambil gambar.

Siap tutup muka lagi...eleh macam orang tau dia tu UMAR ...
Lepas sedut gas, doktor check semula dan keluar dari klinik...laju dia berlari ke arah Pasaraya LG Permai.
macam tu ke gayanya orang lelah?


Tengah tengok iklan Susu kot kat tepi dinding Pasaraya LG.


4 comments :

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

Umar, umar... sama la mcm khuzaee... semput atau tidak sama je aktifnyer hehehe...

Kak Aya said... [Reply to Comments]

itulah...malu rasanya sebab sesaat pun tak diam...nasib lah orang-orang kat situ dah faham

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

siap buat klinik cam rumah sendiri, baus2!hehe..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Puan Kutu - memang mcm tu lah dia kalau ke klinik, tak rasa silu langsung.

Post a Comment