Sendiri tau la kalau dah macam tu keadaan jarum jam, saya tak mampu untuk fikirkan sebarang entry lagi dah.Lagi pun tak kanlah celik je dua mata ni terus terkam ke PC, utamakan perkara yang lebih utama dulu.Saya bukannya ada magic untuk berfikir lebih daripada biasa.Inilah entry biasa daripada orang yang biasa pada saat kesuntukan waktu.
Dalam keadaan waktu yang suntuk ni, hanya sempat publish komen, saya tak sempat nak reply komen, MAAF dan menjenguk NUFFNANG, ini wajib dijenguk.
Menjenguk NUFFNANG membuatkan bibir tersenyum ( senyum sorang-sorang depan pc bukanlah satu yang pelik, kan?) .Kali pertama sepanjang saya berblog dapat UV tertinggi melebihi 80 orang sehari iaitu 83 orang semalam. Memanglah tak ramai mana tapi cukup untuk membuat saya yang kerdil tapi obes ni rasa bersemangat untuk lebih rajin 'bermesra dengan blog. ( kalau dibandingkan dengan blogger berjaya, 83 tu sekadar di celah kuku mereka je,kan?Terima kasih la kepada yang sudi berkunjung, tinggalkan komen, menjalinkan persahabatan.
Dek kerana kelewatan hari ni, saya agak pasti UV saya akan merudum kembali sebab tak sempat nak blogwalking dan berbekalkan satu entry , tak ada sapa nak datang sini.
Masa tetap menjalankan tugas, berdetik tiap saat, jadi saya perlu berhenti daripada terusan menceceh.
Sekadar meninggalkan janji rapuh , malam ni saya cuba balas jejak sahabat semua. Insyaallah.
5 comments :
selamat pagi rabu kak aya..
ayu pun terlalu kepenatan terjaga setiap jam
kak..
nie entry terbaik lah..
ada gak kak syer sesuatu dgn kami
tang nuff tu.. tahniah....
betul tu kak...100uv tu diorg blh dpt dlm sejam je....kita dlm masa 1 hari pun blm tentu dpt...
makkkk aiihhh...mmg terbaekk lah pengunjung u...
ramai tu sis....
wah bagus nie ada 80 org tuu. walau pun tajuk 'tiada entry hari ini' tp rasanya entry nie hampir nampak kegirangan si tuan blog.kena tukar tajuk 'tiada muram hari ini'. hehe...tahniah! BW lagi ye...makaseh...
itulah keseronokan hari ni, dapat UV tertinggi dan bukan senang nak maintain, kalau tak blogwalking dan tiada entry terus merudum semula.
Post a Comment