Nasi lemak Paru

Tadi balik dari pasar, singgah ke kedai Makcik Kelantan, biasalah beli nasi lemak berlaukkan paru goreng , 3 bungkus ( abah dan 2 anak), mama dah pun kenyangkan perut di pasar bersama makcik seperti biasa.


Balik rumah, 3 beranak ni pun makanlah nasi lemak tadi tu.


Saya ke belakang rumah, memberus pakaian sekolah Nadhirah..memang rutin mingguan adalah memberus baju sekolah dan stoking.Oleh kerana hari ni dia demam, mencuci kasut sekolah turut menjadi tugas saya.


Ketika sedang mencuci tu, Umar datang dengan mulut bercomotkan sambal nasi lemak, di tangannya ada paru goreng, dia bertanya pada saya:


Umar : "Mama, ni apa?"


Mama:" Paru la."


Umar : "Paru ni paru-paru ke?"


Mama : "Ya."


Umar :" Ini paru-paru yang sempit ke?"


Mama : ( terus tergelak kecil)


Umar : "Atau ni paru-paru luas? Umar punya paru-paru luas sekarang,kakak punya paru-paru sempit sekarang. Paru ni luas ke sempit ni, mama?"


Mama : ( sebenarnya saya tak tau nak jawab apa, masih tergelak kerana rasa gelihati, apa yang saya gelihatikan sangat tu pun tak tau la)


Tentu ada yang faham apa maksud Umar tu..selalu sangat dia kena lelah, tiap kali lelah doktor akan cakap paru-paru sempit sikit , kadang-kadang doktor cakap paru-paru sempit sangat, kena sedut gas. Itu yang bila dia tengok paru goreng tu , terlintas di fikrian dia tentang paru-paru yang selalu dicakapkan oleh doktor. Kebetulan kakak dia diserang lelah juga sekarang ni.


Itu je nak cerita..hmmm otak budak-budak sentiasa berhubung dan berfikir dan menyimpan memori .

0 comments :

Post a Comment