Skandal di Pejabat

Hari ni kita bercerita pasal skandal je...tadi skandal alam maya sekarang skandal di pejabat je.


Kalau skandal di pejabat memang terlalu sangat la kita dengar dan lihat ( bagi yang bekerja). Cerita macam ni seolah tak ada apa pun dah...


Kat ofis saya tu, berlambak-lambak kes macam ni...suami orang skandal dengan isteri orang, dara dengan suami orang, janda dengan suami orang.


Saya suami isteri bekerja di bawah satu bumbung, memang saya cukup risau kalau suami saya ada skandal dengan rakan sepejabat ...ehh memang lah kena risau kan? Ada tau kisah macam ni kat ofis tu, suami isteri kerja sekali, suami diam-diam ada skandal dengan orang kat situ jugak, si isteri tak mengetahui tapi orang-orang lain mengetahui...Nah! situasi macam ni lah saya risaukan,saya tak tau apa-apa tapi orang sekeliling  semua tau. Malu tauuu! Orang pandang-pandang kita tanpa sebab yang kita ketahui..


Itulah saya pesan kat suami saya, apa-apa bagi tau saya , jangan orang lain yang jadi tukang sampaikan.
( bukanlah bermakna saya bagi lesen untuk dia ber'skandal' tapi andaikata ter'skandal') Setakat ni, kata-kata saya tu dibalas dengan senyuman, esok-esok kata-kata saya tu dijadikan kenyataan, baru padan muka saya!


Ada sorang kawan kat ofis tu, memang tak boleh dengar cerita-cerita macam ni, cepat je darah dia naik ke kepala, harap dia tak baca blog saya ni, mau dia tak nak kawan dengan saya nanti sebab saya mesra je dengan topik-topik begini he he.


Apa hal orang suka sangat dengan suami orang agaknya? Ada tak sapa-sapa boleh bagi alasan paling baik unuk pengetahuan semua orang kat blog ni? 

5 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

mintak2 dijauhkan lah benda beginikan...
takut...

atuk said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

minta2 jangan terjadi kat kita kannn

Wassalam

Lydia Miza said... [Reply to Comments]

hihi..kalau satu bumbung tu tak perlu risau la sis..takkan suami nak cr maut gali lubang sendiri..

sis...tp kes suami org ngan isteri org tu mmg biasa kan?byk sgt2 kita jmp kan?

azieazah said... [Reply to Comments]

Biasanya kes yang satu bumbung bercinta ni bukan serius sangat pada awalnya. Mula2 tu mesra biasa, pastu rapat tanpa sedar. Pastu macam rindu-rinduan pulak. Alahai...

Saya pun pernah tulis tentang isu ini. Yang gadis suka suami orang, sebab konon lelaki matang dan stabil. Tumpang senang ler kot. :)

zhan said... [Reply to Comments]

Kt cyberjaya belambak cilaka cilaka yg suka main isteri org suami or

Post a Comment