Tak tau nak letak tajuk yang spesifik, kepala pun macam ting tong je, mengantuk tak sudah-sudah.
Cerita 1
Lauk buka beli je macam hari-hari kerja yang sebelum ni. Beli di foodcourt ofis je.Lebih murah. Potongan kuih pun lebih besar.Balik rumah panaskan lauk, masak nasi, masak air dan juga goreng ayam beberapa ketul.
Untuk sahur plan nak goreng daging lada hitam atas permintaan anak dara saya.Cerita 2
Pelik si Umar ni, semenjak start puasa hingga ke hari ni,dia asyik menangis tak cukup tidur je bila di kejutkan ke tadika.
Hari-hari bikin darah mama dia naik meluap-luap, sebab kita terkejar masa, masuk ofis awal sebab nak balik awal.
Nak kata letih puasa, tak puasa..nak kata letih tak cukup tidur sebab bangun sahur, tak bangun sahur pun
Nadhirah pulak bangun sahur pukul 5 terus tak tidur ,lepas makan terus mandi dan bersiap walaupun orang lain belum mandi pun lagi..dia dah siap berpakaian rileks je atas sofa.
Macam-macam peel anak-anak ni kan? Ini kisah 2 anak, kalau ada 4,5,6 tak tau lah macam mana, tak cukup muka buku nak karang.
Cerita 2
Mak saya dah tempah ketupat palas untuk raya nanti. Saya seronok walhalnya bukan peminat ketupat pun.
Tahun ni mungkin tahun permulaan untuk raya yang paling meriah ( harap-harapnya macam tu la).
Ahli keluarga bertambah lagi sorang, sanak saudara ada keliling rumah.
Cerita 3
Suruhanjaya suami isteri telah sepakat untuk menetapkan tarikh untuk pulang beraya di kampung halaman adalah pada 28 Ogos 2011 bersamaan dengan hari Ahad . Tahun ni giliran ke Terengganu, hari raya ke 3 bertolak ke Tampin pula. Awal kan suruhanjaya tetapkan tarikh, baguslah untuk elakkan kelam kabut di saat akhir.
Ok cukup 3 cerita yang terjadi sekitar hari ni dan sekitar minggu ini.
Selamat Berbuka.
5 comments :
hai kakaya, dah mula teringat lagu arwah sudirman 'oooo balik kg...'
nice entri akak comel:)
rajinnya anak dara tu awal2 dah siap,baguslah k.aya.boleh buat menantu..huhu
tahun ni akak beraya kat Kuala Pilah
Puan Zai - tunggu sikit hari lagi baru syok dgr lagu tu.
nurulhuda - terima kasih
puan kutu - dia selalu awal2 bersiap
kasihredha - oo akak beraya ni nogori yo.
Post a Comment