Jadi kalau untuk bersahur nak beli jugak bolehlah dikategorikan sebagai 'pemalas tak ingat punya'..melampau la kan? Jadi tiap hari saya masak untuk sahur walaupun tak lah meriah mana, cukuplah untuk mengalas 3 perut yang nak berpuasa siangnya.
Pagi ni bangun pukul 3.30 lagi, paling bagus sepanjang 5 hari berlalu..masak lemak tenggiri dan goreng ikan selayang je..sayur tak ada...kalau ada pun, kurang sambutan..alasan sebenarnya memang tak ada sebarang sayur dalam peti ais kerana hari ni baru nak ke pasar.
Itu lah menu kami pagi ni, Nadhirah dah pun sambung tidur, hari-hari sekolah dia tak tidur lepas sahur tapi hari ni laju je cari bantal.
Sekejap lagi , pukul 7 nak ke pasar. Sementara tu update blog dulu.
Selamat menahan diri!
9 comments :
lama tak makan tenggiri, kena cari benda alah ni nanti, selamat berpuasa
Kak aya!!!! Sdpnya menu tu.. Arini cuti so kita masak!!! :))
samaada membeli dan memasak..tkde masalah..yg penting kerje kita mudah ..
para suami pun rasanya tak cerewet sgt pasal tuh..
selamat berpuasa dan berbuka..
emang best tengiri masak kari atau gulai
Assalamualaikum Kak Aya
beli untuk stok seminggu ke...
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
sy klu sahur apa pun tak selera nak makan..tp hari nie terpaksa alas perut dengan roti,berbuka semalam sikit sgt mkn.sbb lapar sgt paksa diri.sebelum2 nie cuma mkn kurma sebijik..
sedapnya masak lemak tenggiri...tiba2 terliur nak makan hehe. tapi kena menahan diri sebab dah 6 hari diet ni :)
sharinginfo& ajumohit& jendelahati&princess - memang sedap ikan tenggiri ni, isi pun lembut je, tulang sikit.
Puan kutu - kenapa jadi tak ada selera agaknya?
Sal - betul, beli atau masak tak ada masalah kalau semua berselera
Rozali - beli tak cukup pun untuk seminggu...selalunya 2, 3 hari habislah stok tu.
Post a Comment