Keluar untuk ke pasar je sekejap paginya, selebihnya menghabiskan masa atas toto je hingga petang.
Saya dan Umar sempat la terlena mula pukul 3 hingga pukul 4.45 petang. Nadhirah pula marathon TV.Dia memang tak reti nak tidur siang, puasa tak puasa sama je.
Sebenarnya , Nadhirah ada exam sekolah agama sepanjang minggu ni, patutnya hari ni habiskan masa dengan menghafal beberapa surah yang telah ustazah tetapkan untuk exam pagi esok. Tapi tak ada dihiraukannya.Kalau kita nasihat elok-elok, dia cakap kita ni kuat membebel.
Malam ni, selepas berbuka, terus kelam kabut nak menghafal. Oleh kerana saya bising-bising tak menghafal siang tadi, dia lari naik ke atas, mintak abah dia temankan untuk sesi menghafal.
Ketika entry ni ditaip, dia masih lagi menghafal. Itulah dia, siangnya betul-betul pulun tengok TVdan baca novel kanak-kanak, langsung tak rasa mengantuk.
Harap-harap esok dia dapat menjawab semua soalan dengan baik.
p/s: Nadhirah datang baca entry ni, sempat dia mengomel, 'dhirah tolong mama masak tadi tak tulis pun dalam blog, dhirah lambat sikit menghafal mama siap tulis lagi dalam blog'
Gambar ketika Raya Aidilfitri 2007 - pilihan budak berdua ni la .
3 comments :
akak kerja hari ni sebab duk sebelah KL...kalu cuti macam nak kerja kat Selangor je...hihi
Rajinnya dhirah tolong mama masak.
Cepat masa berlalu kan..anak2 pun dah membesar.
Bila tengok gambar lama rasa seronok :)
Bangun tido bangun tido..owwh heavennya..hihihi..
Seronok kan kak aya bila anak dara dah bule membantu kat dapur..:)
kak kasih - dhirah ikut angin,kalau angin rajin dtg rajinlah dia menolong, biasalah budak2 punya peel.
Ann - betul tu, bila anak dara dah boleh tolong2 tu terasalah seronok je nak masak...
Post a Comment