Sepanjang 3 hari berlalu berpuasa, apa yang saya boleh katakan adalah mengantuk menguasai masa saya.
Sabar je la ..masuk kereta ke pejabat tidur sepanjang perjalanan ( bab ni kalau tak puasa pun saya tidur juga).
Sampai ofis, bersambung rasa mengantuk tu hingga menganggu kerja, sekejap ke bilik air cuci muka, sekejap ke sana sini untuk hilangkan mengantuk. Waktu rehat hanya setengah jam tapi masih boleh lena selenanya.
Lepas rehat pun sama, balik kerja kang tidur lagi dalam kereta…rimas betul rasanya keadaan macam ni.
Agaknya pemakanan masa berbuka dan sahur tak sesuai kot..atau badan banyak toksin ke….ishhh betul-betul rasa tak selesa bila berada di dalam kelesuan.
Malam lepas Isyak dah tidur, sampai sekarang saya masih belum menunaikan solat terawih,alangkah ruginya saya.
Aktiviti berblog pun hampir ditinggalkan, sekadar on pc untuk post entry dan off.
Beginikah saya hingga ke akhir Ramadhan?
"Ya Allah berikanlah hambaMu ini tenaga yang lebih dan kekuatan dalaman yang kuat untuk memperbanyakkan amal ibdat kepadaMu sepanjang Ramadhan ini."
4 comments :
salam kak aya, tini plak the other way around, alhamdulillah..cuba akak try cara tini ni..mmg bertenaga, balik siap boleh masak..boleh menjahit macam biasa,siap berterawikh dan masak sahur lagi..masa bersahur makan nasi sket je, makan sayur BANYAK2 dan BUAH,KURMA, minum secawan coffee susu kambing mix spirulina dan air masak banyak2.minda kena positif, kita ni nakbertenaga sbb nak guna kudrat.masa berbuka kalo boleh masak sendiri lagi bagus sbb kita biasanya tahu bhn apa kita guna.elakkan yg berlemak.mulakan dgn kurma,air,buah (jika ada).air minum banyak2 so kita rasa kenyang sket, then kita akan makan nasi sket.sbb kalo nasi banyak kita akan penat tuk solat lepas tu.cuba try ye.
assalamualaikum
trime kasih berkunjung dan komen di blog saya
kunjungan sdri saya hargai..
semoga berkunjung semula :-)
salam ramadhan dan salam perkenalan..
Tini - terima kasih bagi tips yang menarik dan sangat-sangat berguna, insyaallah kak aya cuba praktikkan.
Sahromnasrudin - semoga kita saling berkunjungan.
betul tu kak. mungkin cara pemakanan kita masa bersahur tu.
Macam saya, waktu sahur :
- bangun 4.30 pagi terus makan spirulina 10 biji.
- pukul 5.00 pagi minum kopi kacip fatimah/kopi barli/susu kambing secawan
- 5.30 pagi mula ratah sayur-sayuran, kurma, telur rebus/ayam bakar/ikan rebus
- air masak minum banyak2.....
alhamdulillah bertenaga sepanjang hari :)
Post a Comment