- Pemakanan
Elakkan makan nasi ketika sahur.
Gantikan dengan protein yang lebih mengenyangkan dan minum air kosong secukupnya.
Contoh menu:
Sebiji telur, ikan/isi ayam dan sayur ketika sahur.
( protein akan dihadamkan menjadi asid amino dan salah sati dari asid amino itu dapat meningkatkan tenaga dan kesegaran mental manakala nasi akan mengubah tahap serotonin yang akan menyebabkan kita menjadi mengantuk)
Elakkan makanan masin seperti kek, kuih, coklat dan minuman bergula/bergas ketika sahur. Makanan ini akan meningkatkan tahap insulin dengan cepat dan juga menurunkannya dengan cepat yang mana kita mungkin mendapat tenaga segera dan kemudian akan berasa kurang bertenaga sejurus kemudiannya.
Elakkan minuman berkafein ketika sahur. Ia merangsang kita seketika akan tetapi selepas kesannya hilang, tenaga kita turut pudar. Kafein jugak membuatkan kita kerap membuang air kecil yang boleh menyebabkan kita mengalami kekurangan air.
Digalakkan meminum secukupnya iaitu 8 gelas sehari di antara waktu berbuka dan sahur.
2.Senaman
Lakukan senaman ringan di waktu pagi atau tengah hari supaya membantu meningkatkan metabolisme dan menghasilkan tenang di waktu petang.
3.Rehat
Tidur sebentar di waktu tengahari sekitar 20-30 minit untuk mengembalikan kecergasan tetapi jangan melebihi 30 minit jika tidak kita akan terus berasa letih.
SUMBER MAJALAH RAPI
2 comments :
terima kasih info tu kak aya..
Farah - sekadar perkongsian bersama.
Post a Comment