Alahai anak-anak mama..

Alkisahnya adalah tentang duit raya yang anak-anak saya terima sepanjang musim raya ni, ada lah lebih kurang rm100 sorang kot, belum betul-betul kira lagi memandangkan musim raya belum berakhir.

Minggu lepas....

Nadhirah: kalau duit raya ni dhirah bagi mama untuk mama pergi spa, ok  tak?

Mama :  tak apalah, simpan je dulu duit tu, esok-esok nak guna untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

semalam...

Nadhirah: duit dhirah ada seratus je, kalau nak hantar mama pergi Slimworld agaknya kena tambah berapa lagi?

Mama : bukan murah nak ke sana, kena ada ribu-ribu baru dapat pergi.

Nadhirah : maknanya kena tambah 900 lagi la untuk mama ke sana.



petang ni..

Umar : eh banyak la duit raya Umar ni..

Mama : bagi abah, biar abah masukkan dalam bank ...

Umar : nak kena bagi mama ni, sebab mama selalu tak ada duit.. ( sambil bangun menuju ke handbag mama)

Abah : ehh Umar nak ke mana dengan duit tu?

Umar : nak masukkan dalam beg duit mama.

Mama yang tengah masak kat dapur rasa sungguh-sungguh terharu dengan sikap 2 anak ini.

Semoga sampai bila-bila mereka mempunyai sifat sayangkan ibu bapa dan juga orang-orang tua.




8 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

baiknya..terharu jadi nya.
semoga mjadi anak yg solleh dan sollehah ..amin.

Kak Aya said... [Reply to Comments]

kak kasih - tinggi nampaknya harapan anak dara saya nak tengok mama dia kurus!

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

kak aya.. terharunya.. baik2 dorang semua ni.. hehehe

Salina@IbuAqil said... [Reply to Comments]

Comel sggh!! Hehehehe

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

anak-anak mama...

rasp said... [Reply to Comments]

sejuk dgr kata2 anak gini kan sis...
terharu je....
smoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh & solehah lah kan...

Teratak Hami said... [Reply to Comments]

Kak Aya,
Kalau anak2 saya buat begitu, mesti bapak mereka jeles .. hehehe.

Azian Elias said... [Reply to Comments]

ALHAMDULLLILAH..semoga sifat murni anak2 kita sentiasa berkekalan sampai bila2.

Post a Comment