Esok adalah hari sukan dan hari keluarga Tadika Naluri Kreatif , Umar masuk 2 acara iaitu berlari dalam guni dan membawa bola dalam sudu.
Kalau tahun lepas, saya ada buat entry tentang hari sukan Umar, bagaimana Umar sibuk di taman permainan ketika kawan-kawan sedang bertanding untuk mendapat tempat pertama bagi setiap acara.
Dia langsung tak nak masuk apa-apa acara pagi tu hanya kerana nak berkepit dengan mama. Jadi esok kita tengok dia macam mana, adakah sama macam tahun lepas atau tahun ni dah jadi anak bujang, lebih matang sikit kot.
Semangat yang ada dalam diri dia memang meluap-luap, itu masa kat rumah la...dah sampai sana lain pulak ceritanya...macam malam ni, dia tidur awal sebab nak bangun awal, pukul 8 perlu ada di Putrajaya dah.
Semoga esok dia bersemangat untuk masuk acara yang sudah ditetapkan.
*** agaknya ada tak yang jenis macam Umar ni? asal ada mama je mulalah nak berkepit. Kalau mama tak ada, dia lah hero di tadika tu.
5 comments :
apalagi, mama pon kena amik bhgian sama la..hehe
hamboi awalnya dia tidur..semangat betul! moga bawak balik pingat esok!
gudluck utk hero kak aya ;)
semoga uar berjaya dapat gelaran JUARA ya :)
hamizah - itulah, acara utk keluarga pun ada esok.
sunah - he he..semangat lebih time kat rumah je.
sue - kita tengok mcm mana nanti.
princess solehah - dia selalu ckp yg dia tu juara he he
Post a Comment