Kisah ni berlaku pagi tadi selepas menghantar Nadhirah ke sekolah agama. Mulanya nampak budak kecil itu berdiri di tanah lapang belakang tadika Umar. Ketika itu kami bertiga menuju ke rumah transit untuk menghantar pakaian dan beg sekolah kebangsaan Nadhirah.
Ketika kami sampai di tadika Umar, budak kecil di belakang tadika tadi tu dah berada di depan tadika, kelihatan dia teragak-agak untuk melintas jalanraya yang sibuk dan berselekoh itu dengan deraian airmata.
Suami saya berhentikan kereta untuk turunkan Umar dan meluru ke arah budak kecil itu. Saya pulak masuk ke dalam tadika untuk menghantar Umar.
Cikgu tadika Umar ada menghampiri budak kecil itu , bertanyakan pada budak kecil itu nak kemana, mana mak ayah, mana rumah rumah..dia menangis dan tak begitu jelas butir percakapannya.
Rupanya budak kecil itu nak balik rumah yang terletak jauh sikit ke dalam yang mana perlu melintasi jalanraya yang sibuk sebelum masuk ke arah jalan rumahnya.
Mengikut cerita si kecil itu, mak ayah kerja, abang yang hantar dia ke tadika( terletak berhampiran sekolah agama Nadhirah). Dia tak tak tau tadika itu tutup hari ni dan tak tau nak balik sendiri.
Itu yang dia menangis-nangis agaknya, kerana terlalu takut...bukan perkara mudah bagi kita yang dewasa untuk melintas jalan yang sibuk begitu apatah lagi bagi budak sekecil itu. Sebenarnya ada traffic light di depan sana, tapi mungkin dia tidak biasa bersendirian begitu, jadi dia jadi termangu-mangu.
Saya menawarkan diri untuk menghantar si kecil itu...maka melintas la kami berdua dan berjalan kaki berpimpinan tangan. ..sambil berjalan tanya la nama dia...katanya nama Hakim, umur 6 tahun ( tingginya lebih kurang umar ).. abang dia ada kat rumah sekarang...
Agak berpeluh jugak la saya , maklumlah bawak lebihan lemak di badan....nampak je pagar rumah dia, terus dilepaskan tangan daripada genggaman saya dan berlari ke pintu rumah.. agaknya dia pun agak curiga dengan saya.
Sampai di rumah, si kecil ni memanggil nama si abang tapi tak ada sapa pun keluar, nasib baik dia jumpa kunci yang sememangnya diletakkan di tempat khas di luar rumah.
Berjalan semula ke tadika Umar dengan kepala yang sarat dengan pelbagai pertanyaan...adakah ibubapa si kecil itu tak tau hari ni tadika bercuti, atau cikgu tak maklumkan lebih atau bla bla...bila masuk je kereta, suami pulak ajukan pelbagai soalan.
Apa yang mampu kami lakukan time tu adalah berdoa semoga si kecil itu selamat di rumah dan petang nanti kami akan kembali ke rumah itu untuk berjumpa dengan ibubapa beliau. Menyesal juga sebab tidak mintak no telefon ibubapa dia....ishh saya ni kan memang kalut dan gelabah la..
Ketika di pejabat, kerap kali fikiran ni mengingati tentang si kecil tadi..yelah kan, zaman sekarang ni macam-macam cerita tentang penculikan kanak-kanak..ishhh tak sanggup nak bayangkan lebih-lebih...
Balik kerja tadi, kami anak beranak terus ke rumah si kecil tadi....sampai rumah, bagi salam dan si kecil dan si abang yang ada di ruang tamu, terus mereka berlari ke dapur memanggil si ibu...dannnnnnnn......
TUNGGU ENTRY SETERUSNYA UNTUK MENGETAHUI SAMBUNGAN KISAH INI.....
8 comments :
Alaaaaa... saja tauuuu. Kenapa tak habiskan jer citer tu?
Kita nak tahu apa sudah nya. Sebab hati ni pun sebak gak terfikirkan budak tu sendirian nak balik tapi tak reti nak lintas jalan.
Saya pernah tau, anak saya darjah 1 dulu, tertinggal bas sekolah (sebab bas banyak, dia tak cam mana satu) dan duduk di pagar sampai senja Mujur cikgu dia nampak dan hantar balik. Bayangkan lah!
kesiannya budak tu ...bagusla akak tolongkan...tak sabar nak tunggu sambungannya nanti..:)
kak aya wat suspenlah.. yg abang dia lak antar tinggalkan adik kat sekolah gitu je? tak tengok ke sekolah tu bukak ke idak. ngeri lak... teringat anak sendiri.
kak aya...knp x smbung skrg..wat "suspek" je...kt area mne ni kak??..sy msti tau punye...
suspen cerita kak aya ni :)
tapi memang kesian lah dekat budak tu...tetiba terbayangkan auni :(
amboi ada part tu pulak.hehe..ada dibiar anak macam tu.kesian..zaman skang macam2.takut..
alamak kisah saya dengan cerita hakim tu terbalik la..masa saya kecik2 dulu (tadika) ..bila balik tadika, orang takde kat rumah. muka tahan nangis depan rumah sebab rumah tepi jalan, takut dok sensorang... tetibe lalu sorang makcik ni, dia tnya mcm2 Last2 dia hantar balik pegi tadika. heh. dah petang2 baru mak datang amik kat tadika, itu pun cekgu yang call =_=
chakpong!
betul la kakaya.. sy pun dok piker2 mcm2 soklan pasal bdk ni...ishhh main sambung2 mcm drama la pulakkk...cpt lah sambung tak sabar nie...
Post a Comment