Dah pun Jumaat.....

Minggu ni terasa sekejap je masa berlalu, sedar-sedar dah pun Jumaat. ..mungkin sebab sibuk dengan 'closing Q32011" membuatkan masa cepat sangat beredar pergi.


Pagi ni dah ada kerja-kerja penting menunggu di pejabat. Sahabat lagi sorang tu bercuti hari ni..nampaknya tak ada teman borak la ...nasib baik ada teman beremail..he he kata sibuk tapi masih berfikir untuk beremel-emel..yelah walaupun kerja sebumbung, bukan selalu jumpa..selalunya emel je lah yang merapatkan kami, selalunya bercerita mengenai kerja dan anak-anak.


Petang ni akan dibentangkan Belanjawan 2012,semoga ianya menjamin kesejahteraan semua rakyat terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah . Pekerja swasta pun inginkan pembelaan jugak, bukan takat pekerja sektor awam je.


Malam ni atau awal pagi esok , saya dan Umar akan balik kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat.


Nadhirah dan abah tak ikut...tinggal la mereka berdua untuk 3 hari di sini, menjalani kehidupan sebagai orang bujang he he.


Itu aja la cerita untuk hari ni..mungkin tak ada entry terbaru untuk beberapa hari ni.


** kawan-kawan pulak apa perancangan untuk hujung minggu ni?

7 comments :

azieazah said... [Reply to Comments]

Belanjawan tu kadang2 lebih condong kepada kakitangan awam jer.

Swasta ni ikut majikan punya belanjawan la nampaknya.

sisdee said... [Reply to Comments]

esok pun saya ada wedding invi kat kg..my cousin kawin :)

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

duduk rumah je kak aya

tak sabar tunggu budget 2012

addinahumaira said... [Reply to Comments]

sy bila hr jumaat je mesti fikir masak2 dgn laudry utk esoknya...ehmmmm

hyazz said... [Reply to Comments]

Salam jumaat u..sama sama kite dengar pembentangan ri ni yer...tak sabar rasanye

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

tak pegi mana.ahad pun keje kak aya..:)

Marlina Mohtar said... [Reply to Comments]

hujung minggu ni tak ke mana cuma esok pagi ada makan-makan sikit dengan adik-adik praktikal hehe

Post a Comment