Novel Ingat Janji Kita

Hmm ini pula novel yang baru aja selesai dibaca awal malam ni. Best jugak la cerita ni, ada sedikit kelainan dalam jalan ceritanya.



Mengisahkan Adi yang berwatakan lelaki sedangkan beliau adalah seorang wanita..kisah semasa kecil yang begitu sedih, dibesarkan oleh makcik yang garang dan Adi membesar dalam makin hamun wanita yang bergelar makcik itu.


Raimi adalah kawan pada Adi, terperangkap dengan permintaan atuk untuk dikahwinkan dengan wanita pilihan atuk, meminta Adi menyamar jadi perempuan untuk dikenalkan sebagai teman wanita beliau pada atuk dan keluarga. Hmm disinilah bermulanya cerita ...Raimi seolah jatuh cinta dengan 'wajah perempuan Adi'.


Suspens kan? nak tau lebih lanjut boleh dapatkan kat kedai berhampiran.




4 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

macam menarik je cite ni...aya dah habis baca ke?
Aya, kenapa susah nak komen di blog aya sekarang?
Bila buka unk komen....slow sgt, kena tunggu lama.

rasp said... [Reply to Comments]

interesting jalan cerita dia....

Kakzakie Purvit said... [Reply to Comments]

Mesti best. Kalau ikutkan kisah sebegini banyak dah terjadikan bila ada kecelaruan jantina. Kakak belum baca tapi novel ini...

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Kak kasih - iye ke slow? saya tak tau mcm mana nak atasi masalah ni..

rasp - ye, agak berlainan sikit jalan ceritanya


kak zakie - itulah, kerana makcik dia yang paksa dia jadi seperti lelaki

Post a Comment