Ni penjelasan beliau:
Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?
Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini. Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan
Hmmm dah kena hentam teruk baru tampil bagi penjelasan...
5 comments :
Nasi dah jadi bubur. Wartawan walau ada kalany aputar belit tapi kakak rasa apa yg diluahkan itulah yg ditulis apatah lagi bab agama yg sensitive ini. Tapi entahlah kenapa baru kini dia bersuara kembali...
ehem3...batuk jap.suker ayat last tu
yg bertanyakan soalan pun patutnya kena peka juga dgn soalan yg mahu di tanya dan pada siapa soalan dan pandangan sebegitu mahu diajukan.. lebih2 lagi bab2 agama ni kan.. supaya ianya tidak menjadi isu..
macam2..tak berani sy nak komen..:)
Saya setuju dengan semua pendapat sahabat semua..cuma lain kali kalau bab2 yang menyentuh sensitiviti agama, kita kena fikir panjang untuk menjawab, salah jawab , banyak kesannya.
Post a Comment