PANIK! TIba-tiba Account Disable

Fuhh kusss semangat kejap tadi kerana tiba-tiba je ketika sedang online, keluar mesej Account Disable. Tak dapat log in ke account Google. 


Blog pun hilang,mengagau dan menggigil seluruh badan *** biasalah orang gelabah macam saya ni.


Mau tak menggigil, blog Jendela Hidup ni tersangatlah besar ertinya pada saya , banyak masa yang telah diuntukkan semata-mata kerana blog ini walaupun belum mendapat apa-apa dalam bentuk kewangan.


Kawan yang dah nak terlena nampaknya menjadi mangsa, sebenarnya tak tau nak kacau sapa time-time macam ni, suami belum tidur tapi dia tak berminat nak menolong kerana saya ni sepatutnya tak menggunakan pc yang nyawa-nyawa ikan, jadi bila ada risiko begini terpaksa la tanggung sendiri. PC ni memang ada problem dan saya pandai-pandai install Google Chrome ketika PC nazak begini. 


Memang betul-betul terasa kepala ni macam dihempap batu sekejap tadi , kawan yang hampir terlena tu try serach blog ini, katanya masih ada.


Dalam menggelabah tu , saya sempat la hantar report pada Encik Google, lepas tu terima reply meminta saya reset password dan selepas masukkan password baru, alhamdulillah blog ini kembali 'dipulangkan'.


Lega sangat-sangat, batu yang menghempap kepala dah pun dialihkan.


Kawan yang nak lena tadi tu, dah pun dibenarkan lena semula.


Terima kasih PUANZAI sebab sudi jawab call dari saya di tengah malam buta ni.


Siap plan nak ambil cuti kecemasan esok kalau blog ini gagal ditemui...isk isk sedih sangat tadi.


** suami saya rileks je dengar lagu dari laptop, katanya dia tau saya boleh settlekan masalah ni..nasib baik memang boleh settlekan dan cuba jangan online dulu ketika pc ada problem ni, boleh dengar cakap suami tak? he he



** ada tak sesapa yang pernah hadapi situasi macam saya ni?

13 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

akak pernah
panik habis...nak nangis...

ajumohit said... [Reply to Comments]

Pernah jugak kak aya, Nak nanges dah time tu , kt iPod masa tu, bila jadi cmtu saya gode2 contact google Dan dpt password, klu tak msti x tenang kt opis hihi

Marlina Mohtar said... [Reply to Comments]

:) kalau saya pun mungkin menangis tak berlagu juga hehe....

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

haha dasyat kak aya siap nak ambik cuti kecemasan..

syg betul dengan blog nie...dah macam ank sendiri yer?hehe..

boleh plak en suami kata macam tu..

Azian Elias said... [Reply to Comments]

ALHAMDULLILAH nasib baik semuanya OK..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@kasihredha
saya terasa seperti nak demam hari ni sebab terkejut sgt ttg perkara ni .

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@ajumohit
org yg pernah kena mcm ni je tau mcm mana rasanya panik itu

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Princess Solehah
betul, memang tak kan ada lagu punya, nangissss je.

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Puan Kutu
ye memang kak aya sayang sangat dgn blog ni, ada nilai tersendiri pd diri kak aya

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Yan
syukur semuanya ok.

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Banyak kali k.aya..huhu..tp saya dh tahu cara nk baik pulih..so xda rasa cuak sgt..dlu masa memula cuak gak!!

Solihin Zubir said... [Reply to Comments]

amboihhh.. siap nk aplly cuti kecemasan.. hehe..
syg bebenor dgn blog ni eh..

tp btol la.. blog kita ni ada nilai sentimental tersendiri.. hehe..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Solihin Zubir
memang sayang sb sini tpt hilangkan stress.

Post a Comment