Macam-macam tadika yang ada sekarang ni, kan? Ada yang mahal, ada yang agak rendah yurannya dan semua tu bergantung kepada kemampuan ibubapa serta proses pembelajaran yang disediakan.
Bermula dengan Nadhirah yang dihantar ke Tadika Naluri Kreatif, diikuti pula dengan Umar ke tadika yang sama, peningkatan yuran bulanan agak ketara, sejajar dengan kenaikan harga barang pada masa kini.
Kenaikan yuran tahunan dan pendaftaran kali ni amatlah 'terasa' kerana paling tinggi sepanjang 4 tahun anak-anak saya di situ. Nadhirah pernah 2 tahun di situ, Umar pula bakal memasuki tahun ke 3 di situ.
Petang ni , saya agak lega bila pihak Tadika Naluri Kreatif menghubungi saya menawarkan diskaun yang agak istimewa bagi yuran pendaftran dan yuran tahunan 2012 nanti.
Terima kasih la untuk pihak Tadika Naluri Kreatif kerana memberi perhatian kepada kami para ibubapa yang bukanlah bergaji besar tetapi di dalam masa yang sama berhajat untuk terus menghantar anak-anak ke tadika tersebut.
Saya berpuas hati dengan cara pembelajaran di sini kerana lebih menekankan kepada pendidikan kreatif yang mana pelajar lebih banyak belajar secara bermain dan bersukaria.
Setiap bulan mereka belajar mengikut tema yang tertentu contohnya: Tema Alam Sekitar, Tema Mengenal Anggota Badan, Tema Warna.
Selain tu, Kelas Fardu Ain turut disediakan kepada pelajar yang memilih untuk tinggal sepenuh masa hingga petang, jadi mereka akan diteruskan dengan pelajaran Fardu Aini kala pelajar lain pulang ke rumah sekitar jam 11.30 pagi.
Umar kerap kali jadi imam walaupun memang tidak sempurna, sesuai dengan usianya yang bakal mencecah 5 tahun Disember nanti. Agak mengujakan kerana pada usia begitu Umar dan rakan-rakan di tadika sudah pun mula belajar solat, mengaji dan belajar asas-asas fardu ain.
Lusa akan diadakan Hari Anugerah Cemerlang Tadika Naluri Kreatif, Umar mengambil bahagian di dalam persembahan berkumpulan, menyanyikan lagu POKOK dan TWINKLE-TWINKLE LITTLE STAR.
Tahun lepas, Umar
tak menyertai sebarang persembahan ketika Hari Anugerah Cemerlang
walaupun dia berlatih sakan bersama rakan-rakan, tau jelah time tu semua
perkara dia nak lakukan bersama mama. Hinggakan naik ambik hadiah atas
pentas pun bersama mama..adooiii la Umar ni.
Saya yakin tahun ni dia pasti tak hirau mama lagi dah bila dah jumpa kawan..mesti berseronok atas pentas nanti.
Kenangan ketika kali pertama Nadhirah menjayakan persembahan tadika |
Jadi dayang kepada raja..tak layak jadi puteri he he |
Ketika Hari Sukan.... |
*** maaf le, gambar ulangtayang , ini je la yang ada dalam PC yang hidup segan mati tak mau ni.
2 comments :
tu la skrg pun yuran tadika pun dah melambung tinggi, mana yg berkemampuan bole le anta mana2 parent mampu. ala nak tgk pic persembahan umar nanti.ada tak?hehe
Salam kak.. Tadika Naluri Kreatif ni kt mane ye? Taman Melawati ke..?
Post a Comment