Pagi tadi saya sampai awal di pejabat…lega kerana semenjak memandu sendiri ni asyik terlewat sampai je.. sejak minggu lepas ‘madam’ memang tak ada di pejabat, dia bermesyuarat di Ibu Pejabat …baru balik dari Ibu Pejabat 2 minggu lepas, lepas tu pergi lagi..mungkin seronok pada kita yang tak berpeluang untuk merasainya tetapi pada dia yang melaluinya mesti terasa bosan…saban bulan perlu berjauhan dengan anak dan suami , terbang ke luar Negara dah jadi rutin sekarang ni sejak company diambil alih oleh syarikat luar.
Kalau ‘madam’ tak ada memang la saya agak lega sikit walhalnya dia tak kacau saya pun …he he dia semedang meeting je kalau ada di pejabat pun..masuk pukul 10 terus meeting, muncul semula dekat lunch hour hilang lagi, pukul 2 lebih muncul dan meeting lagi..kadang-kadang saya dah keluar ofis untuk balik dia masih meeting lagi. Kalau minggu depannya beliau perlu ke Ibu Pejabat makanya minggu ni beliau akan bertapa di dalam bilik menyiapkan segala mak nenek report sepanjang minggu, kalau dia keluar dari bilik dapat tengok dengan jelas mukanya yang sungguh serius.
Pagi tadi jugak, kali pertama Umar dihantar oleh abahnya ke tadika…abah yang mandikan, siapkan semuanya…naik motor bersama-sama tapi sebelum tu singgah kedai runcit dulu ..ada la tu nak apa-apa..kalau dengan mama, memang tak singgah mana-mana sebab mama drive sendiri, kalau menyinggah nanti lambat sampai ofis. Sepanjang perjalanan tadi terfikir tentang Umar je, alahai tadika tu tak adalah jauh pun dari rumah tapi macam-macam pulak saya fikirkan….
Hari ni dah genap 10 hari Nadhirah tinggal di Tampin…saya rasa seolah berbulan-bulan dah Nadhirah tak ada depan mata…rindu, ibu mana tak rindukan anak…kalau makan je mesti teringat, kala nak lelapkan mata pun teringat..Ahad lepas ke majlis kawin anak kepada rakan ofis tanpa Nadhirah, rasa bersalah pulak …saya tak pasti sampai berapa minggu dia kat Tampin..samada balik ke Terengganu pula selepas ni atau terus di Tampin hingga sekolah buka awal tahun nanti. Harap-harap terbuka hati dia untuk pulang dan tinggal bersama nenek barang seminggu dua…susah kan, dua-dua belah kena jaga hati dan perasaan..saya pun nak tengok mak saya happy bersama cucu.
Sejak memandu sendiri , saya dan Umar sampai rumah sekitar 6.15 petang, kalau rajin dan ada stok di dalam peti ais, memasakla saya untuk makan malam, tapi selalunya beli je. Salah satu kebaikan bila saya memandu sendiri adalah sampai rumah lebih awal dan bila dah sampai awal kita tak terasa kelam kabut mengejar waktu. Biasanya suami saya sampai rumah sekitar 8.30 malam, time tu saya dan Umar dah pun berehat-rehat samada menonton TV atau pun mengadap blog. Kalau mengadap blog tu cukup sekadar publish komen je kerana Umar memang tak akan bagi can saya mengadap lama-lama. Cuma komunikasi dengan suami macam kurang sikit la sekarang ni…***salah satu petanda kurang baik untuk sebuah rumahtangga.
Dah nak berakhir 2012 ni kan? Termenung sendiri berfikir ....banyak sangat keinginan di dalam hati dan keinginan tu kekal terpendam dalam hati...tahun depan saya berharap sangat agar salah satu keinginan tu dapat dilunaskan..Tak dapat keinginan besar, keinginan kecil mini pun dah cukup...Insyaallah.
Sekian la dulu, coretan merapu ini berakhir di sini saja....terima kasih untuk yang sudi membaca.
2 comments :
Semoga impian yg dihajati tercapai...InsyaAllah
anak kalau jauh di mata mmg selalu akan teringat... dok kat opis pun sy teringat walaupun selalu gaduh2 manja gitu dgn dorang
Post a Comment