Kisah banjir , nak terkucil dan tandas kotor

Semalam semua tau, hujan lebat di KL, banjir di Taman Wahyu, Jalan Kuching dan Depan Pusrawi.

Kalau dah macam tu situasinya, pasti-pasti lah jalan sesak.Dari ofis ke Selayang, ambik masa hampir 2 jam.

Nak jadikan cerita, baru je mula memandu dan masuk dalam kesesakan di depan Istana Lama, terasa nak terkucil yang amat sangat.

'Rasa' tu terpaksa ditahan kerana mana ada tempat untuk berhenti...hampir sejam lebih menahan, akhirnya jumpa juga dengan stesyen minyak Esso, Jalan Sentul.

Sebelum tu dah cakap kat kawan yang tumpang balik sekali "akak risau kalau guna tandas kat mana-mana , takut terjumpa benda yang tak ingin dilihat kat dalam tandas "

Rupanya memang nasib betul-betul menyebelahi kata-kata saya.....dengan rasa yang tidak dapat ditahan-tahan..masuk dalam tandas tu terus ternampak "sesuatu yang masih fresh yang tidak dipam"

Inilah sikap manusia, kalau dah buang tu biar buang betul-betul....jangan bagi orang lain nampak apa yang kita buang....sakit hati tetapi saya perlu guna tempat tu tanpa alasan lagi.

Saya nampak keadaan tandas tu putih bersih tetapi yang terjadinya kotor bila pengguna tidak tau menggunakan tempat tu sebaiknya.

Agaknya nak kena masuk kelas khas cara-cara menggunakan tandas awam ke? Kat rumah pun macam tu ke? Ishhh nak marah sangat bila jumpa kejadian macam ni...


*** ada yang pernah alami situasi sama dengan saya tu?

3 comments :

Hudalatip said... [Reply to Comments]

eii, tu yang tak best tu kak aya..pasal tu la saya memang alergik gila nak masuk tandas awam, mmg fikir berkali2 gak ler..kecuali tandas kat RNR..itupun nengok jugakler..

atuk said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

itu tandas awam...
ini tandas surau....siap berterabur lagi...
mana le iman mereka yg melakukannya

Wassalam

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

selalu bw syampoo dr umah bila nak masuk tandas awam nie, ank soh curah syampo dulu br nak guna tandas...

Post a Comment