Novel Mentari Cerah Lagi|Fauziah Ashari


Kawan bagi novel ni semalam tapi belum belek langsung lagi...tak pasti besti atau tidak..

tengok pada sinopsis macam best je.


Dianiaya oleh si ibu sendiri, Suha menjalani hidup yang serba kepayahan. Walaupun masih dibenarkan bersekolah tetapi hidup Suha tidak seperti gadis remaja yang lain. Suha tidak dibenarkan berkawan, dilarang terlibat di dalam aktiviti sekolah malah sekiranya Suha terlewat pulang seminit pun akan disoal bertubi-tubi oleh si ibu. Silap haribulan akan dipukul. Belas rasanya bila rambut Suha dipotong pendek seperti lelaki oleh ibunya gara-gara Suha dikatakan berhubungan dengan lelaki.

Keputusan peperiksaan Suha yang agak baik juga tidak dapat menggembirakan hati ibunya. Saidah mencari helah untuk mengahwinkan Suha dengan Yem, pemuda yang terencat akal. Mujurlah Munir, cepat bertindak menyelamatkan Suha dengan menawarkan diri untuk mengahwini Suha.

Derita hidup Suha tidak berakhir di situ. Munir pula dirasuk amarah dan cemburu pabila terjumpa foto Suha di bilik anak bujangnya, Adam. Mulalah Munir berfikiran yang bukan-bukan dengan mengesyaki Suha mengahwini dirinya kerana harta. Ditambah lagi Munir sering dihantui kenangan lalu arwah isterinya yang curang sehingga melahirkan Adam.

Amarah Munir sampai di kemuncak pabila menyaksikan adegan Adam dan Suha berdua-duaan di dalam bilik tidur. Tanpa bertanya dan menyiasat duduk perkara terlebih dahulu Munir telah menghalau Adam dan Suha dari rumahnya. Pergilah Suha mencari jalan hidup sendiri. Aduhai, malang sungguh nasib si Suha. Mendung yang berterusan namun bilakah matahari akan menyinar lagi.

Novel Airmata Rindu|Pitteriah Abdullah

Masih belum belek lagi novel ni.....sekadar memandang je atas meja kopi di ruang tamu...belum datang ghairah untuk membaca saat ini.


SINPOSIS:

Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang dimiliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas Datuk Dahlan daripada tangan Nora John Abdullah.

Danial Akmal anak kepada Datuk Dahlan dan Nora John Abdullah telah ditembak pada malam pernikahan Danial dan Eryna Izzati.

Eryna Izzati telah hilang ingatan, manakala Danial hilang semangat hidup selepas tragedi itu.

Untuk mengetahui cerita seterusnya, tunggu la saya baca sampai habis dulu ye!

Novel Seandainya | Rys Areesa


Novel ni dibeli kalau tak silap Feb atau Mac tahun lepas kot...dulu dah belek-belek...ntah kenapa macam tak menarik hati pulak untuk teruskan bacaan.

Semalam tiba-tiba pulak tergerak hati nak baca novel ni sepenuhnya.

Tak sangka best pulak .....menangis jugak la sikit masa Wan Zaharris meninggal selepas je mengucapkan kata cinta yang sekian lama tak terluah pada Areena...menangis juga kala menghayati perasaan Areena selepas berkahwin dengan Shamsul Azhar sedangkan dia bergelut dengan rasa cinta yang sangat kuat pada Wan Zaharris.

Saya selalu tak suka baca novel yang ada 2 hero tapi dalam realiti mana ada kisah hidup yang boleh ikut sesuka hati kita je kan?

Saya sukakan watak Zaharris cuma sakit jiwa sikit punya la lama ambik masa untuk luahkan perasaan, asyik main tarik tali bertahun-tahun lamanya.

Pada saya, cerita ni pun ada kelainannya berbanding cerita biasa, lebih kepada dunia kehidupan sebenar....suka bila part Wan Zaharris bercakap dalam loghat Kelantan dengan mak dia...biasalah kalau dah orang Pantai Timur...

Mula-mula tu saya baca dari belakang, biasalah kalau dah tak sabar nak tau endingnya macam mana...rupanya Areena hidup bahagia dengan orang lain, bukan Wan Zaharris..

Lepas tu baru la baca betul-betul...memang senang nak faham kalau betul-betul baca dari A-Z;

Baru la tau, rupanya Shamsul Azhar tu dah lama muncul dalam cerita ni...

Cinta tak semestinya memiliki, tak semestinya bersatu...hu hu sedih.....tapi itulah realitiya.



Majalah IMPIANA FEBRUARY 2012|Jom Deko

Sebelum ni gila membeli Majalah Anjung Seri je,tiba-tiba melarat kepada Majalah Impiana pulak....beberapa hari tak ada internet, kerja saya adalah memunggah majalah Anjung Seri lama, dan belek gambar-gambar hiasan rumah.

Sekarang ni betul-betul nak cantikkan rumah...cuma halangan adalah modal je...kena kumpul duit sikit-sikit, ada duit baru beli....banyak yang saya ingin beli untuk rumah tapi diamkan jelah dulu sebab kalau bagitau pun, bukan jatuh duit ke riba ni...

Jadi untuk sementara waktu ni, belek je lah majalah Anjung Seri dan Impiana yang ada dalam simpanan.



Novel Aku Bukan Mistress



Baru dapat novel ni...tak tau best tak ceritanya...tapi kata kawan "bolehlah dibaca"

Sinopsis:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

**** apa komen sahabat yang telah membaca novel ni?


Unifi breakdown!

5 hari tanpa internet! lansung tak tau apa-apa perkembangan terkini...TV hanya ada Astro Ceria walaupun ada saluran lain lagi yang boleh ditonton, hanya Astro Ceria yang diluluskan oleh 2 budak kecil kat rumah ni.


Kalau tak kerja, lagi la tak tau apa-apa perkembangan terkini....dah le memerap je kat rumah beberapa hari ni..


Patutnya dalam masa 24 jam, technician TM akan betulkan kerosakan yang berlaku tetapi ada sedikit salah faham terjadi menyebabkan masa tanpa internet menjadi panjang.


Salah faham kecil itu adalah pihak technician datang pada hari kerja tanpa memaklumkan kepada kami terlebih dahulu, tiba-tiba je ada sekeping notis memberitahu kedatangan mereka pada jam 11 pagi dan meminta kami membuat temujanji baru. ( kami belum membuat sebarang temujanji pun sebenarnya sebelum tu)


Malamnya suami menghubungi TM Customer Service, mengikut rekod masalah itu telah pun ditandakan sebagan  " Case Closed" kerana kami semua pulang ke kampung hingga 25 /1/2012. Laa macam mana pulak ada dalam sistem kami pulang ke kampung ni ? Kami lepak je kat rumah ni haaa..


Suami buat temujanji dan sekitar jam 12 tengah hari tadi pihak technician datang betulkan...ada sedikit masalah pada kotak sambungan...sekejap je mereka fixkan semula.


Jadi, sekarang dapatlah online seperti biasa....


Sahabat semua balik kampung ke sempena cuti Tahun Baru Cina ni? Nampaknya saya sekeluarga tak kemana-mana, memang ada sedikit cemburu bila melihat makcik dan adik serta adik ipar balik Terengganu, apa nak buat, kita bukan solo lagi...


*** Duduk rumah pun enjoy jugak, kan?

Ujian Mamogram | Kongsi pendapat

Semenjak dua menjak ni, hati berbalah bergaduh fikirkan tentang ujian mamogram.


Takut untuk mendengar keputusan ujian melebihi takut nak lakukan pemeriksaan.


Hari tu dah daftar nama untuk ujian percuma tetapi sampai masa , saya tidak hadir.


Sekarang perasaan untuk melakukan ujian mamogram hadir dan menghantui saya.


Cuba cerita sikit, sesiapa yang pernah melakukan ujian ni, sakit tak? 


Tolong bagi saya sokongan sikit untuk melangkah ke tempat pemeriksaan.


*** Terkenangkan arwah sahabat yang telah pun 2 tahun meninggal kerana barah payudara menambah lagi rasa takut di hati.

Novel Kan Ku Kejar Cinta Kamu|Novel Terbaru Fauziah Ashaari

Dah beli belum novel terbaru Fauziah Ashaari, yang meletup dengan novel Ombak Rindu tu? Beli jangan tak beli, dah ada pun di pasaran.



Tengok ada sinopsis memang best, mungkin dapat atasi novel Ombak Rindu kot.



Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa. 
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.


Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...


Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.


Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!


Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler... 


*** jangan lupa beli di kedai berhampiran!

























Letih fizikal letih mental

Hari ni hari gaji....kad atm pulak hilang...buku akaun pulak tak ada tandatangan masa mula-mula buka akaun dulu...haru betul rasanya....nak tak nak kena la buat kad atm yang baru...penting woooo kat atm tu pada hari gaji seperti hari ni...banyak yang nak kena lunaskan.

Dek kerana masalah kad yang hilang, terpaksalah apply 1/2 day leave hari ni , pukul 1.30 apply cuti dan terus ke RHB area Pasar Borong Kuala Lumpur,tak jauh daripada Selayang la jugak.

Eh kat situ macam duduk kat tempat asing sebab kat situ nak cari rupa orang kita sangat la susah.....semua wajah-wajah asing, macam negara mereka pulak dah....saya pulak rasa takut-takut..kat situ semua bank utama ada cuma tempatnya agak sibuk dan jalan sempit.

Agak lama jugak la menunggu untuk dapatkan kad atm yang baru...apa pun segalanya selesai kala jam menghampiri 4 petang.

Kerja kat ofis pulak, jangan cerita la ..memang tak menang tangan.musim menyiapkan laporan akhir tahun , akan berakhir 31/1/2012...kebetulan pulak minggu depan cuti raya cina, semua kerja kena siapkan Jumaat ni.

Macam ni la saya, time tak ada kerja mengeluh kebosanan, bila ada kerja pun mengeluh jugak...apa la nak jadi dengan saya ni.

Apa pun, masalah hari ni dah selesai....boleh la tidur awal malam ni ..

Selamat Berehat !

Caban Kurus 2012| Kembali Beraerobic

Hari ni hari pertama memulakan sesi aerobic di Perkarangan Stadium MPS.


Ok, nak keluar aerobic dulu nanti cerita lagi.


Lupakan kisah airmata kecewa sampai keluar air mata darah tu..


Teruskan berjuang sehingga ke nafas terakhir.


Pasti ada jaya !

Saya kecewa


Belum la sampai menangis keluar air mata darah!


Berat makin meningkat, selera makan meningkat, kemalasan meningkat, keyakinan kian menurun dan merudum!




Novel Cinta Tak Terucap

Baru terima daripada sahabat di pejabat tadi. Best, katanya.



Sinopsis:

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?


Novel Bukan Hanya Sesaat

Sedang baca...nampaknya ada kelainan novel ni...tak rugi baca.





Sinopsis: PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing.Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wa ni ta yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya se saat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.



Nabil Sebagai DJ SuriaFM | Kuat Mencelah!

Saya hanya mendengar radio ketika di dalam perjalanan ke pejabat dan kala pulang ke rumah setiap hari. Setiap pagi sekitar 7.15 pagi hingga 8.30 pagi adalah waktu saya berdepan dengan kesesakan lalulintas dan ketika itu radio adalah terapi untuk stress ketika jalan sesak.

Saya sukakan suara deejay dan cara penyampaian serta lagu yang menarik dan kurang iklan  itu adalah perkara yang menentukan saya memilih stesen radio. Dulu saya sukakan SinarFm kerana ketika itu jarang dapat dengar lagu retro di stesen radio yang lain tetapi selepas munculnya gandingan Khril, Kak Engku dan Salleh Yaakob saya beralih arah kepada HotFM, gandingan FBI dan Fafau sangat menjadi,pada saya..kemudiannya gandingan menjadi 3 orang dengan memasukkan AG untuk slot HotFM AM Krew, saya rasa masih terbaik tetapi selepas Usop menyertai saya bertukar kepada SuriaFM. Gandingan Zizie dan Halim sangat terbaik pada saya. Bila digandingkan bertiga bersama Shira, suasana lebih ceria dengan celoteh Shira namun masih terkawal.

Tiba-tiba bermula minggu ni, gandingan di SuriaFM untuk slot pagi bertukar lagi...mungkin untuk bersaing dengan lain-lain stesen radio , dah jadi saya trend nampaknya sekarang dengan mengambil pelawak sebagai deejay, pada saya tak semua orang boleh jadi deejay, kalau nak mengharapkan populariti memang la boleh tetapi kualiti tetap penting dan perlu di ambil kira.

Dalam masa 3 hari ni ,saya memang menukar-nukar stesen radio namun kembali semula pada SuriaFm, salah satu sebab situ kurang iklan sikit, lagu 90an best di dengar namun dek kerana gandingan pada saya yang tak begitu sesuai, membuatkan saya jemu mendengarnya.

Pada pandangan saya, dalam masa 3 hari Nabil menjadi DJ SuriaFM, saya rasa seolah-olah Nabil yang menguasai perbualan setiap hari...maafkan saya ye wahai peminat fanatik Nabil!

Ketika caller sedang bercakap pun dia nak mencelah, ketika Kenchana atau Halim sedang bercakap pun dia nak memotong..ishh ini bukan gelanggang lawak ni.

Saya memang minat Nabil sejak mula-mula dia masuk Raja Lawak lagi..sebab tu saya rasa tak salah kalau saya memberi sedikit teguran untuk Nabil ( saya tak rasa ramai pun yang baca entry ni sebab blog ni hanya blog picisan tapi tak apa, sekurangnya dapat melepaskan rasa terbuku).

Saya rasa untuk menjadi seorang deejay, perlu la mengambil tahu etika yang sepatutnya sebagai seorang deejay walaupun awak adalah seorang pelawak terkenal. Melawak hanya kala dan ketika yang perlu. Jangan sembarangan buat lawak kerana yang mendengar radio bukanlah semuanya meminati lawak. kadang-kadang perkara serius pun  boleh jadi bahan lawak pada Nabil, lama kelamaan pada saya benda tu jadi macam lawak bodoh pulak.

Ada masanya kedengaran bingit di dalam konti kerana mereka saling bercakap, kadang-kadang kelam kabut kerana ada yang masih belum tau apa yang perlu dicakapkan terutama ketika membaca untuk slot iklan.

Saya harap selepas ni Nabil dapat menyesuaikan diri sebagai seorang deejay. Begitu juga untuk Kenchana Dewi yang pada saya beliau boleh di asah bakat menjadi deejay (Kenchana mengingatkan saya kepada deejay Radio KL suatu masa dulu, Prema) ,semoga mereka berjaya di dalam kerjaya yang baru ini.

Sekadar pendapat peribadi saya.

Kisah kisah sejak buka sekolah

Sebenarnya kali ni pening sikit bila dah buka sekolah, bukan apa, benda-benda kecik je ..

1. Masa beli buku hari tu, ada dijual tudung sekolah berawning yang dah siap dijahit lencana sekolah.Nak senangkan kerja,saya terus beli 3 helai.

2. Bila hari pertama sekolah,Nadhirah dan rakan -rakan ditegur kerana memakai tudung berawning dan diberi masa hingga Jumaat je, Isnin minggu ni mesti pakai tudung biasa.

3. Agaknya tidak ada sebarang persetujuan antara guru dan yang menjual tudung di Kedai Buku sekolah.

4. Malas nak memanjangkan cerita, terpaksalah beli tudung baru.

Itu kisah di sekolah kebangsaan, di sekolah agama, lain pulak kisahnya.

Nadhirah dapat hadiah buku tulis 1 set ( 10 buah buku) dari pihak sekolah kerana dapat no 2 pada peperiksaan akhir tahun lepas...jadi tak perlu beli buku tulis lagi ( kata ustazah Nadhirah)...yang kami suami isteri ni pun satu hal jugak la sebab 10 buah buku tulis tu semuanya yang berkotak kecil di dalam tu, bukan bergaris, kami sangkakan mungkin akan guna buku tu untuk tahun ni..rupanya ustazah tersalah bagi dan dah tak boleh tukar dengan buku bergaris, mesti beli secepat mungkin.

Hari yang sama Nadhirah terpaksa menggunakan duit poket untuk membeli buku bergaris untuk kegunaan hari tersebut.

Kebetulan kat rumah, ada beberapa buah buku bergaris stok tahun lepas yang masih belum digunakan.

Rasanya tahun ni agak kelam kabut je...

Kata Nadhirah, guru BM selalu salah eja ketika mengajar ejaan.  contoh : Masalah = Masaalah.

Ishh macam-macam.....

Demam Handbag|Longchamp Le Pliage Tote Bag

Sejak semalam bawak ke hari ni, saya keluar masuk website yang ada menjual handbag...saya rasa saya berada pada paras hormon yang tak stabil sehari dua ni...mungkin kerana stress dengan dateline untuk year end closing.

Jadi saya releasekan semua stress tu dengan menjamu mata melihat handbag di alam maya...tak la terasa sangat kalau tak beli.

Banyak yang saya tengok, salah satunya adalah seperti di bawah...harganya sekitar USD 125...bukan RM!
Suami memandang semacam je sebab tak pernah-pernah saya meneliti dari satu website ke website handbag...selalunya mencari ubat kurus je ..sudah tukar selera ke?

Ukur baju dibadan sendiri..

Nasihat untuk diri sendiri....tadi temankan kawan ke Butik Coach...balik ke pejabat sampai ke sekarang ni, masih terkenang satu handbag yang tak mungkin dimiliki dengan gaji sekarang.

Sabar je la....ada jugak penyakit macam ni ye...nak sesuatu yang tidak mampu dimiliki tetapi tidak mustahil untuk dimiliki.

Ada kemahuan pasti ada jalannya.

*** sahabat semua, ada tak yang macam saya ni? nak sesuatu di luar kemampuan..


Berpisah lepas Subuh

Masih dalam mood sedih....sepupu anak beranak baru je bertolak pulang ke Terengganu seusai solat Subuh tadi.


Bila berjauhan dengan keluarga, memang hati cepat terasa sedih kala mereka sesekali datang ke sini.


Saat entry ni di taip, saya tersangat ingin terbang pulang ke Terengganu, ntah la sejak akhir-akhir ni ingatan pada negeri kelahiran sendiri itu amatlah kuat.


Semoga perjalanan sepupu anak beranak lancar dan dipermudahkanNya...sekitar jam 2 petang nanti sampai la tu..Insyaallah.


Ada peluang boleh jumpa lagi......yang pasti katanya, Pre Sale sebelum Aidilfitri tahun ni TIDAK akan dijengah oleh beliau kerana ketika itu sudah sibuk dengan baby, sebab tu dia pulun bershopping sampai rebah kali ni.


**** seronok kan sesekali berkumpul bersama keluarga.

Novel Bicara Hati VS Drama Bersiri Bicara Hati

Sekarang ni dah jadi satu trend pulak,adaptasi novel ke drama atau filem...pada saya, memang bagus kalau betul-betul ikut jalan cerita asal seperti novel tetapi kalau hanya sekadar 50-60% je ikut novel, pastinya gagal memenuhi jangkaan peminat novel.

Sekarang sedang bersiaran drama Gemersik Kalbu dan Bicara Hati...keduanya saya tidak menonton tetapi keduadua novel tersebut saya dah pernah baca lebih daripada sekali. Saya pernah siarkan sinopsis bagi drama Gemersik Kalbu...kali ni sinopsis untuk Bicara Hati pulak.


Sinopsis Bicara Hati :
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia bersetuju tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Senarai Pelakon Bicara Hati
Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina


**** Novel Bicara Hati memang best, boleh mengalirkan air mata pembaca, adakah drama ini pun sehebat novel?

Kali pertama untuk 2012

Pagi tadi suami hantar ke tempat kerja sebabnya motor dia tak dapat nak start...patutnya saya yang hantar dia ke ofis di Jalan Ipoh dan terus ke ofis saya di Jalan Dewan Bahasa tapi dek kerana takut dengan lalulintas yang sentiasa sibuk area Jalan Ipoh tu, saya rela susahkan diri kala balik kerja nanti.

Sampai ofis memang awal pagi ni, kawan ofis terkejut tengok saya melenggang masuk ke tempat duduk...yelah biasanya hampir pukul 9 baru nampak batang hidung....kebetulan hari ni closing date untuk salah satu bidang tugas saya,kelam kabut nak siapkan sebelum 5.15 kerana cadangnya 5.15 je zapppp nak lari ke lrt Hang Tuah.

Nampaknya 5.45 baru kerja siap, menapakla ke lrt Hang Tuah, sakit kaki dan sakit lutut saling berpadu,saling bersatu...sabar je la rasa lambat sangat nak sampai ke lrt station.

Turun di lrt Bandaraya, terus ternampak bas dah ada menunggu...tak perlu menunggu lama,  bas terus bergerak...dapat tempat duduk lagi, syukur! 

Lamanya saya tak naik bas macam hari ni...melalui Jalan Raja Laut...nampak Lorong Haji Taib, banyak betul orang meniaga kat situ, bukan macam dulu lagi dah kan? Dulu orang mesti fikir lain kalau sebut Lorong Haji Taib....eh ke masih ada lagi 'bisnes tu' kala malam menjelma?

Sepanjang perjalanan yang sesak dengan kenderaan itu, saya melihat kiri kanan jalanraya, ramainya wajah pendatang asing di sekitar Chow Kit tu....macam kita duduk negara mereka pulak dah.....dulu setiap Sabtu mesti saya dan makcik ke Pasar Chow Kit....sekarang ni cukuplah ke Pasar Selayang je..

Sempat tengok bangunan lama tempat kerja saya sebelum saya berpindah ke bangunan baru ( tempat sekarang)...hmmm nostalgia lagi nampaknya..dalam bangunan tu la tempatnya saya dan suami mula berkenalan..banyak kenangan manis yang tercipta di situ bersama kawan-kawan terutama yang masih kekal di jabatan saya dan yang masih kekal berhubung sekalipun berlainan jabata.

Saya rasa hari ni jalan tak la sebegitu sesak, masih lagi boleh bersabar di dalam bas hinggalah sampai di depan bangunan yang menempatkan suami dan rakan sepejabat...jauh wei terlontar , kesian pulak, elok-elok hari tu duduk di bangunan yang gah, sekarang ni tercampak jauh...tak apa, bangun semula perlahan-lahan , bina semula kegemilangan seperti suatu masa dulu...bos boleh !

Saya bertolak dari ofis suami sekitar 7 malam.....sampai rumah hampir 8 malam sebab singgah kedai dulu, tapau untuk makan malam.

Sekian....

Terengganu tetap di hati...

Baru je sampai dari Terengganu jam 1 pagi...sedih seperti sokmo tu la kalu nak tinggalkan mak dan adik yang 2 orang tu.....kereta bergerak perlahan meninggalkan laman rumah, 3 insan di atas tangga, kemudian melalui rumah-rumah jiran, meninggalkan kampung dan kereta terus meluncur di jalan raya.


Selepas berjam-jam kebas bontot, akhirnya sampai jua di Selayang Mulia....biasalah kalau mula-mula sampai mesti terasa rindu dengan mak, apatah lagi pulang ke Terengganu kali ni kerana nak hantar mak pulang selepas 4 hari mak di sini.


Terengganu kala akhir Disember memang la sentiasa basah ...lembap..sejuk...sepanjang 3 hari di Terengganu memang langsung tak nampak matahari...berangin, sejuk hingga ke tulang hitam.


Nak cari keropok lekor punya la susah...bila jumpa tak ada yang sedap , mungkin kurang ikan kala musim begini..


Balik kali ni memang melepak dalam rumah, tak syok nak keluar kalau hujan....baju tak banyak bawak dari KL.


Biasanya Nadhirah dan Umar tak pernah tidur berselimut tapi kali ni, sampai ke siang masih mengerekot di dalam selimut....


Saya suka sebenarnya musim hujan...macam banyak nostalgia je bila tiba musim hujan,musim bah....jarang-jarang saya nikmati suasana sebegini selepas berkahwin kerana saya tidak ada cuti lagi dah bila tiba akhir tahun.


Kali ni rasa bertuah kerana dapat balik ketika akhir tahun ..


Saya sempat berdoa di dalam hati kala dalam perjalanan " Ya Allah, semoga satu hari nanti saya dapat balik menetap di Terengganu, Amin"


Walaupun agak mustahil tetapi dengan kehendak dan izin Allah, semuanya boleh jadi .

RESOLUSI PENTING 2012

Tak perlu mukadimah panjang-panjang...terus pada pointnya:


Nak bebaskan diri daripada obesiti & Bayar hutang sebanyak mungkin.




*** tuan blog sedang bercuti di kampung halaman, Kampung Darat Batu Rakit,Kuala Terengganu.


Apa azam sahabat semua?