Anjung Seri Feb 2012 | Dah beli?

Pergi kedai sebab nak beli susu pekat manis...suami saya memang sungguh-sungguh ketagi teh sekarang ni....satu tin tak sampai 3 hari pun..

Ambil susu dan terpandangkan Majalah Anjung Seri Feb dah tergantung kat tempat suratkhabar dan majalah...apa lagi, sambar terus.

Saya rasa lepas ni kena jadi peminjam tetap dengan along dah kot he he sebab asyik membeli majalah je...

Balik rumah simpan dulu kejap kerana macam rasa bersalah pulak sebab majalah Glam Deko hari tu belum pun  dibelek lagi..

Ok ok lepas ni dah pastikan hanya majalah yang betul-betul saya perlukan je yang akan saya beli...( ada orang kisah ke dengan janji tu?) hi hi

2 comments :

Mama Zharfan said... [Reply to Comments]

heheh beli jgn tak beli :)

Azian Elias said... [Reply to Comments]

kat rumah i ni penuh dgn majalah. since semolajj menengah suka beli. Now dah slow. Tak ada tpt nak simpan..

Post a Comment