Saya dah pun selesai baca novel ni ketika 2 hari bercuti di Tampin ....hmmm terlalu bosan kalau nak dibandingkan dengan novel Ombak Rindu dan lain-lain novel Fauziah Ashari.
Tak tau kenapa novel ni seolah-olah 'bukan' karya Fauziah...mungkin ada waktunya penulis menghadapi masalah kekeringan idea.
Tapi mungkin juga pada orang lain, novel ni seronok dibaca dan memuaskan hati.
Saya rasa seolah-olah sangat meleret-leret...akhirnya saya baca tidak sepenuh hati.
Sinopsis novel ni saya dah masukkan dalam entry terdahulu.
Novel ni bukanlah novel terbaru tetapi mungkin sekarang diulang cetak ( saya tak begitu pasti) ...novel ni seolah-seolah terpinggir pulak..
Apa pun selamat maju jaya untuk Fauziah Ashari, semoga idea lebih best selepas ni!
1 comments :
betul2 tu kakaya... sy pun kdg2 org kata tak best tp sy kata best.. sy kata tak best org kata best...citarasa lain2 kan...
Post a Comment