Rasa tertekan

Sejak akhir-akhir, rasa berkecamuk di dalam jiwa...sebabnya:

1. setiap hari sampai ofis lewat..jalan jem daripada Batu Caves sampai la ke ofis.

2. Saya sudah terlalu lama tidak blogwalking, rasa bersalah kerana tidak dapat balas kunjungan tetapi apakan daya...PC satu, yang berebut nak guna adalah 3 orang, masih belum mampu memiliki laptop sendiri.

3. Paling terasa berkecamuk bila hari ni bos mengumumkan saya dan sahabat akan diletakkan dibawah bos "ORANG PUTIH"...ini perkara utama yang menggangu fikiran sejak tengah hari tadi hingga sekarang....saya tau ini adalah dugaan di dalam kerjaya..ntah la saya begitu teringin nak berhenti kerja saat ini.....mengikut emosi saat ini, itu la yang sedang saya rasakan.

saya tau berhenti kerja bukan penyelesaian tetapi bila saya kenangkan stress setiap pagi meredah jem , sampai lewat, nak balik cepat, bos baru, peraturan baru, bahasa komunikasi....aahhh rasa sangat tertekan.

4. HUTANG BERTAMBAH. ...ini memang penamat kepada keserabutan untuk berhenti kerja....tiada jalan selain kerja hingga usia 55 tahun kecuali ada bisnes baikkk punya sebagai alternatif.

Sekian....luahan malam ini.



4 comments :

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

idup nie kdg mmg stress... nak2 dgn hal keje dan hal di rumah... saba lah ye...

lady lavender said... [Reply to Comments]

don't think too much k.aya (saya tahu ckp memang senang kan!). takut nanti stress sangat badan jatuh sakit. Pendapat saya k.aya tak perlu pikir sgt psl pembaharuan dlm ofis (bos baru). just follow with the flow. Mungkin sedikit 'sukar' pada permulaan tp lama-lama akan terbiasa. Anyway Take care akak :-))

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Jendela Hatibetul puan zai...stress kat mana-mana kerana itulah kehidupan

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Lady Lavendert.ksih LL...kak aya suka nasihat LL..hari ni nampaknya sedikit lega, biasalah cuti malas nak kenangkan kisah di pejabat.

Post a Comment