Sekarang ni memang berusaha untuk banyakkan makan sayur berbanding karbohidrat, tapi jangan la fikir saya ni tak makan nasi pulak, itu adalah sangat susah untuk saya lakukan, orang Pantai Timur tersangatlah sukakan nasi he he...eh ke ada orang Pantai Timur tak suka nasi?
Bukan semua orang sukakan sayur, dalam rumah saya ni pun sama, yang sukakan sayur Cuma saya je la..agak mencabar jugak untuk membuatkan mereka ni sukakan sayur.
Sebenarnya amalan memakan sayur sangat la bagus, pada saya ianya sangat membantu untuk proses pencernaan dan penghadaman dan mengelakkan kulit kering..ini 2 perkara yang saya sangat kenalpasti terjadi pada diri saya.
Ok, hari ni apa kata kita berkenalan dengan sayuran tinggi serat..memang bagus ni untuk penghadaman..layaaannnn
PERIA
Rasanya sangat la pahit...saya memang tak pernah makan peria sebelum ni tetapi sejak berkahwin, kerap mak mentua saya masak peria goreng..sedapppp.
Rupanya tak lah sepahit yang disangkakan namun begitu anak-anak saya tidak menggemarinya...kata mereka, sangat pahit!
Dalam peria ni ada karatin, kalsium, asam amino dan Vitamin C dan kandungan seratnya adalah 0.8 gram per 100 gram.
Bagus untuk menyejukkan tubuh kala cuaca panas, mengatasi penyakit strok, diabetes, sembelit dan membantu menurunkan kadar kolestrol.
KACANG BUNCIS
Mak mentua saya suka goreng buncis bersama tempe dan so-un, suka goreng buncis bersama telur, goreng buncis bersama bilis...pendek kata macam-macam resipi buncis..masak lemas tenggiri campur buncis pun pernah..
Istimewanya buncis ni adalah kadar seratnya 1.8 gram per 100 gram , proVitamin A, Vitamin C, Vitamin B1,Vitamin B2, kalium dan fosfor.
Bagus sangat untuk menurunkan kadar kolestrol, menurunkan tekanan darah ( sebab tu mak mentua saya sukakan buncis),menstabilkan kadar gula dalam darah, mengatasi penyakit kanser usus besar dan kanser payudara.
BAYAM
Sayur bayam ni kurang mendapat perhatian saya…tak tau la kenapa , saya agak kurang gemar .
Kandungan seratnya adalah 2.8 gram per 100 garam ( tinggi tu!0,provitamin A, vitamin C, zat besi, kalium dan magnesium.
Boleh membantu untuk mencegah anemia, membantu system pencernaan, menurunkan risiko penyakit kanser, menurunkan berat badan dan menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
Mak aiii, apa yang saya tak suka tu sebenarnya sangat baik untuk saya yang obesity ni.
LOBAK MERAH
Saya dan anak-anak suka meratah mentah-mentah lobak merah ni…duduk saja-saja depan TV sambil makan lobak merah.
Tapi saya tak pernah tau yang kandungan serat dalam lobak merah ni sangat la tinggi iaitu 4gm per 100 gram.
Jadi saya perlu terus amalkan meratah lobak merah bersama keluarga setiap hari.
Selain serat, lobak merah mengandungi Vitamin A, B dan C, betakaroten, mineral kalium, magnesium dan fosfor.
Manfaat lobak merah ni adalah mampu menurunkan kadar kolestrol, baik untuk kesihatan mata dan kulit, menjaga kesihatan hati, melancarkan penghadaman.
SALAD
Hmm ni wajib ada bila makan sandwich..anak-anak suka kalau diletakkan dalam roti sandwich tapi tak suka makan kalau bersama nasi ayam! Pelik selera budak-budak, kan? Apa pun mereka menggemari kala makan sandwich tu dah cukup memadai berbanding langsung tidak menyukai.
Daun salad ada 1.5 gm serat di dalam 100 gram.
Ada vitamin A, C dan kalium.
Bagus untuk mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Daun salad dapat meneutralkan kadar gula dalam darah, menurunkan tekanan darah, menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan sebagai antikanser.
UBI KAYU
Ni makanan popular kalau kat kampung masa kecil-kecil dulu untuk sarapan pagi...rebus ubikayu, makan bersama kelapa+sedikit garam atau pun dengan ikan kering goreng dan teh O panas...sedappp terutama musim hujan.
Kandungan serat dalam ubit ni adalah 0.8 gram per 100 gram.
Ianya mengandungi Vitamin E dan membantu melambatkan proses penuaan.
Hmm lepas baca entry ni, sama-sama la kita mula menyukai sayuran ye....
2 comments :
Serat amat penting untuk proses penghadaman. Kekurangan serat menyebabkan sembelit.
jemput lawat blog saya yang serba kekurangan ini http://akmalrusyd.blogspot.com
Post a Comment