Tak ada apa yang patah seribu pun cuma hajat nak tidur awal terbantut kerana sindrom sukar lelapkan mata melanda setelah banyak malam saya dan anak-anak tidur awal.
Dah lebih 2 pagi jam di dashboard, saya masih terkebil-kebil.
Kelakar pun ada, rasa bodoh pun ada ..saya jadi begini sedikit sebanyak kerana stress dengan berita kat ofis tu, ramai betul yang dapat bonus pencapaian dan mendapat kenaikan pangkat miggu ni.
Faham, itu bukan rezeki saya tetapi hanya mereka yang tau saja dapat memahami apa sebenarnya perasaan saya dan seorang lagi rakan sekerja di jabatan saya.
Untuk sewenangnya mengatakan nasib kami berdua begini kerana perbezaan' warna kulit' mungkin agak keterlaluan tetapi andainya sepanjang kami berdua di jabatan itu, hanya kami berdua tidak merasa sebarang bonus pencapaian dan kenaikan pangkat,adakah salah untuk kami berwasangka begitu. Dan sememangnya kami berdua saja yang berbeza 'warna' daripada mereka semua.
Secara positifnya, saya akur dan bersyukur, mungkin nikmat kami berdua di situ bukan dari segi bonus dan pangkat tetapi mungkin ada kemudahan lain yang saya sendiri tak perasan terutamanya kemudahan untuk mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit.
Namun begitu, sifat manusia biasa, pasti ada sedikit perasaan kecewa bilamana saban tahun melihat rakan sekerja dari jabatan lain yang merasa bonus pencapaian dan juga kenaikan pangkat.
Sedar tak sedar, rakan-rakan yang sama-sama menyertai syarikat sudah pun jauh ketinggalan dari segi kedudukan, kami berdua kekal begini sejak dulu. Sahabat sejabatan saya sudah pun masuk tahun ke 20, saya pula sudah melepasi tahun ke 15 pada tahun lepas dan jawatan kami kekal sebagai kerani. Ada rakan yang sama lama tempoh berkhidmat dengan kami mula menduduki tahap pengurus.
Pada mereka yang tidak mengerti keadaan kami, mereka pasti akan bertanya dengan kerutan 1000 di dahi:
"eh awak berdua masih kerani hingga sekarang? kenapa ek?"
Hmm nampak sangat macam tak ada pencapaian untuk melayakkan diri mendapat kenaikan pangkat.
Tak apalah, mungkin ini rezeki yang sebaiknya untuk kami, Allah Lebih Mengetahui segalanya.
Bersyukur saja la dengan apa yang telah diberikan NYA selama hidup ini.
Setiap orang diberikan rezeki dan ganjaran serta nikmat hidup di dalam bentuk yang berbeza.
(Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya)
Dah...tidur je la...esok kerja
1 comments :
sabar kak aya..bkn rezeki agaknya (pengalaman pujuk diri sendiri for certain cases)kadang2 orang yg jujur selalu tertindas, orang yg mengipas yg selalu mendapat tempat..
Post a Comment