Sempena setahun blog Jendelahidup.com , saya terfikir nak menyajikan sesuatu yang sedikit istimewa dan berlainan untuk mereka yang sudi bertandang kat sini..walaupun saya tau, blog ini tidak banyak menyediakan info menarik.
Jenuh jugak lah berfikir apakah keistimewaan yang boleh saya tonjolkan tu.
Fikir punya fikir, terlintas di fikiran tentang carian di blog ini yang begitu hangat dengan keywords "tudung aidijuma".
Dari situlah berputik idea untuk mencuba mendapatkan Datin Norjuma untuk satu temuramah istimewa. Idea ni nampak semacam angan-angan Mat Jenin je mulanya tapi kata orang, tiada yang mustahil kalau ianya diizinkan Allah.
Usaha untuk mendapatkan Datin Norjuma bermula selepas berfikir panjaaaang tentang pelbagai persoalan berputar berbelit he he he....biasalah orang macam saya ni "macam-macam perkara' yang saling bertingkah dalam minda.
Akhirnya, saya memberanikan diri untuk memulakan langkah pertama iaitu cuba mendapatkan cara untuk menghubungi Datin Norjuma.
Usaha tu tdak la sesukar yang saya jangkakan...segalanya mudah dan dipermudahkanNYA...saya sangat berterimakasih kepada Datin Norjuma yang sudi merealisasikan impian saya ini dan sebenarnya mahal nilainya sekeping tiket bergelar BLOGGER, kalau tak ada tiket tu, saya tak rasa semudah itu untuk berjumpa dengan Datin Norjuma .
Memilih untuk berjumpa di Store Aidijuma yang terletak di Central Market, perkara pertama yang terlintas di hati tatkala memandang wajahnya adalah "cantiknya dia walaupun tanpa mekap", lebih cantik berbanding di dalam TV kerana di luar kelihatan polos dan natural.
Kurus langsing orangnya, kalau nak dibandingkan antara saya dan dia , bak KL Tower diletakkan bersebelah dengan Stadium Bukit Jalil ( eh boleh pakai ke perumpamaan ini?)
KL Tower dan Stadium dalam keadaan duduk hi hi |
Saya akui lidah saya terlalu lama kelu ketika sesi ber"temu" dengan Datin Norjuma yang"ramah" ini berlangsung! Ohhh saya sangatlah benci dengan kegugupan saya! Nampaknya lepas ni kena cari cabaran yang lagi besar untuk hancurkan kegugupan dalam diri ni!
Dengan senyum manis meleret, bibirnya petah berbicara, sesuai la kan mantan Pendebat UIA dan mantan Pengacara TV, membuatkan kita hanya mampu memasang telinga dan memakukan pandangan je laa..
Ceria menjawab soalan wartawan tak bertauliah yang sedang terpaku |
Manis tersenyum |
Pada lewat pertemuan itu sempat la Jendelahidup.com @ Kak Aya bertanyakan beberapa soalan kepada Pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa dari UIA ini. yang lebih mesra membahasakan dirinya, Juma.
Saya begitu tertarik dengan nama Aidijuma, jadi mestilah kena tanya , apakah disebalik AdiJuma tu, adakah gabungan nama sesisapa ke?
Hmmm, asalnya Juma ingin gunakan "Cetusan Idea Norjuma" tetapi diringkaskan untuk tujuan lebih menampakkan komersil, mudah diingati dan ringkas serta tersendiri.
Aidi = Idea
Juma = Norjuma
Dari situlah terhasilnya aJ Bawal dan Scarf.

Saya merupakan penggemar Tudung Bawal dan kebetulan Datin Norjuma pun menggemari bawal, apakah keistimewaan Bawal pada Datin Norjuma sehingga memilih untuk menjual tudung bawal?
Tudung bawal adalah dihasilkan daripada material jenis VOIL yang cepat kering, boleh cucian mesin dan boleh jugak cucian manual , senang di sterika dan masih boleh nampak anggun bergaya walaupun tudung bawal adalah biasanya tampil plain aja namun begitu Juma tak nafikan tudung bawal ada juga yang bersulam kerawang, berbunga-bungaan.
Juma sendiri sukakan tudung bawal sejak di Universiti lagi, gemarkan tudung yang ringkas tanpa sulaman dan bunga-bungaan.
Pernah masa di Universiti, pakat dengan kawan-kawan , beli kain ela semata-mata untuk dijahit dijadikan tudung. Kemudian saling bertukar ganti tudung dengan kawan-kawan demi untuk bergaya walaupun dengan kos yang terhad
.
.
Dari situ la idea untuk memasarkan tudung bawal ni tercetus,. Pengalaman ketika di Universiti banyak memberi idea dalam memasarkan tudung bawal ni,. Ketika belajar, bajet yang kami ada begitu terhad tetapi kami tetap ingin bergaya , jadi kami perlu kreatif.
Agaknya macam mana boleh bermulanya bisnes ni? Lama tak dengar berita, tup-tup keluar majalah promote Tudung Aidijuma.
Tudung jenis lain dah banyak di pasaran, tapi tudung bawal agak susah kita nak jumpa walaupun masih ada yang memakainya setiap hari dan kalau ada pun yang jenis sulam-sulam, bunga-bunga...Juma inginkan kelainan , maksudnya lebih ringkas tetapi menawan.

Setelah melakukan kajian terhadap kualiti kain, kehendak pasaran, modal dan strategi, akhirnya Juma tekad memiih tudung bawal tetapi dengan idea tersendiri, apatah lagi Juma memang menggemari bawal dan selesa bersama bawal.
Bermula September 2011 secara mobile concept di pusat pengajian tinggi, sambutan amat memberangsangkan di kalangan pelajar universiti itu sendiri.
Kemudian, Juma kembangkan lagi bisnes atas talian (online) , di sini permintaan diluar jangkaan dengan menerima 100-200 pesanan setiap hari.
Bisnes online memang mempunyai masalah tersendiri yang memang kita tak boleh nak elakkan terutama masalah pembayaran. Bila pembayaran telah di buat , mereka perlu memberi salinan resit bayaran kepada pihak kita sebagai bukti pembayaran , selepas itu baru la pesanan itu dapat di proses untuk penghantaran.
Manakala bagi pihak pelanggan pula, bila saja mereka melakukan pembayaran, pasti mereka mengharapkan pihak kita melakukan penghantaran secepat mungkin. Salinan resit bayaran adalah penting di dalam mana-mana bisnes. Kita tidak akan proses pesanan tanpa bukti pembayaran.
Satu lagi masalah yang agak popular di dalam bisnes online adalah mengenai perbezaan warna tudung ( dalam konteks bisnes Aidijuma). Kita sedia maklum, setiap warna yang dilihat pada skrin komputer, laptop atau mana-mana telefon pintar adalah berbeza. Jadi, di sini timbul sedikit kekeliruan kepada pelanggan yang mungkin menyukarkan mereka membuat pilian warna tudung untuk belian online.

Sambutan yang tak menang tangan pada bisnes online serta masalah-masalah di atas tu memberi idea kepada Juma untuk memiliki store sendiri dan inilah hasilnya ( merujuk kepada store Aidijuma di Central Market). Para pelanggan mudah memilih bila ada store sebegini.
Besar Banner di tepi tangga menuju ke Stor Aidijuma, Central Market |
Ada banyak pertanyaan tentang jualan borong, buat masa ni Juma tidak dapat menyediakan keperluan untuk jualan borong kerana stok yang terhad. InsyaAllah mungkin ada perancangan ke arah itu pada masa depan.
Target Utama Aidijuma adalah untuk wanita muda yang ingin memiliki tudung dengan harga yang rendah namun berkualti dan tidak meminggirkan gaya ketika bertudung. Kalau harga rendah, seseorang tu mampu untuk memiliki lebih banyak tudung dalam satu masa..tau je la kan orang perempuan ni macam mana, kalau boleh setiap helaian pakaian tu ada padanan tudung yang tersendiri, Kalau dah ada 10 pasang, mesti sebolehnya nak ada 10 tudung juga.
Bercakap tentang margin keuntungan , memang agak kecil skala keuntungannya....ye ini adalah kerana harga jualan yang agak rendah namun pada Juma , kepuasan dapat berkongsi dengan pelanggan dengan cara tersendiri begini amatlah bererti. Kita terasa lebih puas hati bila kita membantu merealisasikan keinginan mereka untuk bergaya dengan harga di dalam kemampuan mereka.
Apakah target utama Aidijuma dan dari segi keuntungan, apakah ianya memberi pulangan yang besar pada Datin Norjuma sedangkan harga jualan agak rendah berbanding pesaing lain?
Target Utama Aidijuma adalah untuk wanita muda yang ingin memiliki tudung dengan harga yang rendah namun berkualti dan tidak meminggirkan gaya ketika bertudung. Kalau harga rendah, seseorang tu mampu untuk memiliki lebih banyak tudung dalam satu masa..tau je la kan orang perempuan ni macam mana, kalau boleh setiap helaian pakaian tu ada padanan tudung yang tersendiri, Kalau dah ada 10 pasang, mesti sebolehnya nak ada 10 tudung juga.
Bercakap tentang margin keuntungan , memang agak kecil skala keuntungannya....ye ini adalah kerana harga jualan yang agak rendah namun pada Juma , kepuasan dapat berkongsi dengan pelanggan dengan cara tersendiri begini amatlah bererti. Kita terasa lebih puas hati bila kita membantu merealisasikan keinginan mereka untuk bergaya dengan harga di dalam kemampuan mereka.
Nampaknya bisnes Aidijuma mula diterima ramai, apakah perancangan yang ada dalam masa terdekat ni?
Juma berharap dapat menyediakan keselesaan kepada pelanggan yang datang membeli di mana-mana store Aidijuma, contohnya menyediakan ruang menunggu untuk para suami yang menemani isteri ke sini. Pastinya mengambil masa yang lama untuk seseorang itu membuat pilihan sebelum benar-benar membeli, jadi penting kalau ada ruang menunggu.
Menambahkan lagi koleksi tudung dengan pilihan warna yang lebih menarik tetapi masih mengekalkan harga di bawah RM50.
Kami di Aidijuma memang mementingkan tona warna di dalam setiap helaian tudung kami. Itulah istimewa dan kelainannya Tudung Aidijuma, tidak bercorak dan berbunga namun muuncul dengan variasi warna yang sungguh menarik. Kami akan sentiasa mencuba untuk menghasilkan lebih banyak lagi warna-warna menarik pada setiap helaian tudung.

Aidijuma 2 Tones RM15, 3 Tones Mix RM22, 3 Tones Black RM15 |
Inner RM6 , 1 Tona RM7 |
Aidijuma Polkadot RM33 |
Ok, dah sampai pit stop, kita berhenti untuk rehatkan jari-jari ni dulu ye...nanti kita sambung lagi dengan Part seterusnya dengan soalan yang lebih berbaur peribadi...stay tuned...
KLIK SINI UNTUK PART 2
KLIK SINI UNTUK PART 2
7 comments :
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! hebatnye kak aya!!! :D :D bestnye dpt jumpe datin :) :)
kak aya telah menjeleskan saya huhu. Hebat K.Aya selaku wartawan walaupun tidak "bertauliah"....kagum dengan k.aya. Bestnya dpt jumpa norjuma.......
Ekklusif nie kak aya... syabas! best2...
salam kagum gan akk syukur.. seronok tegok dpt betemu gan Datin...saya pun peminat setia tudung bawal..suka bawal kosong dan yg bedot dot di tepi....
sala akq, nk tyer..kalo sy nk order tdung aidijuma polkadot bleh??
@Nadia Iaboleh beli di store Aidijuma atau order online di web aidijuma
Salam akak...cmne ye akak wt pertemuan nga datin norjuma...sbb sy student printing technology uitm,shah alam...sy kne plih 1 company business tuk wat promotions thdap compony t'sebut jd sy berminat tuk guna nma AJ Bawal sbgai projek final sy..
Post a Comment