Baru berkesempatan untuk update entry sambungan sesi temubual bersama Datin Norjuma, ibu muda beranak 3 yang masih lagi kelihatan seperti anak dara, kalau ada yang terlepas untuk membaca Part1, boleh KLIK SINI.
Untuk Part 2, kita bertanya soalan yang lebih kepada kehidupan Datin Norjuma , ye la bukan senang kita nak tanya-tanya lagi dah lepas ni, ntah bila dapat jumpa lagi pun tak tau.
Kalau dah namanya bekas Personaliti TV, mesti nak kena korek-korek sikit tentang kehidupan peribadi beliau.
Ni bukan Datin Norjuma ye.....tuan blog sedang sediakan soalan bertemankan makanan dan minuman yang menyelerakan.
|
Ni soalan wajib tanya kalau dapat jumpa Datin Norjuma..macam mana boleh kurus selepas bersalin anak pertama dulu??
( Senyum je sebelum memberikan jawapan dan dia dah boleh agak mesti ada soalan ni berdasarkan saiz wartawan tak bertauliah tu hi hi)
Pada Juma, disiplin pemakanan adalah kunci utama. Memilih untuk ke Slimming Centre adalah salah satu cara tetapi kalau kita sendiri tidak berdisiplin untuk mengikut plan pemakanan yang dicadangkan, memang tidak berhasil. Pendek kata, disiplin menjaga makan amatlah penting.
Selain itu, kesibukan Juma menguruskan anak-anak menjadi faktor tambahan kepada Juma sehingga sekarang menjadi semakin susut. Juma menghantar dan menjemput sendiri anak-anak dari sekolah, berkejar ke store dan menguruskan rumahtangga.
Tips lain adalah ketika mengandung dari anak pertama, kedua dan ketiga, memang Juma tak sentuh ais langsung, Dalam pantang pula, jangan terkejut kalau Juma katakan Juma tak mandi selama sebulan, sapu minyak zam-zam pada rambut untuk menyejukkan kepala dan mengelakkan pening.
(Den memang tokojut walaupun diposan jangan tokojut, den kuek minum ais maso ngandung, mesti nak kono mandi 2 kali sehari maso pantang, patutla den makin gomuk lopeh pantang,cubo tengok gambar den sekarang berbanding Datin Norjuma nih!)
Perbandingan yang memang nyata kelihatan perbezaan saiznya! |
Ohh la hai Juma memang tak dapat lesen TV lagi dah sekarang ni! Kalau dulu takat suami sorang je yang masam-masam manis bila nampak Juma keluar TV, sekarang dah jadi one team bila anak Juma turut bersengkongkol tidak membenarkan mummy mereka keluar TV.
Kerja di stesyen penyiaran sebenarnya memang menuntut banyak masa, perlukan lakukan assignment, skrip,dubbing, shooting..semua itu perlu diberikan fokus yang tinggi dan pastinyanya menuntut lebih banyak masa di luar.
Jalan terbaik adalalah meninggalkan stesyen TV dan lakukan bisnes seperti sekarang yang lebih banyak memberikan masa kepada family namun dalam masa yang sama Juma dapat melakukan sesuatu yang Juma suka, dapat berkongsi apa yang Juma ada dengan orang lain.
Bagaimana dengan impian Juma untuk melanjutkan pelajaran? Dulu pernah terbaca tentang impian untuk melanjutkan pelajaran.
Juma masih berhasrat untuk menyambung pelajaran, sebelum ini dah 2 kali tertangguh kerana mengandung. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin dapat menyambung kembali hasrat yang tertangguh tu...
Aktiviti Datin Norjuma di hari minggu ?
Juma menghabiskan masa melayan anak-anak, selain itu keluar menonton wayang.
Kehidupan selepas bergelar Datin muda,hidup dikalangan mereka yang ternama?
Juma membawa diri seadanya, Juma tidak menggangap status "Datin" satu halangan untuk bergaul dengan orang lain seperti sebelum ni, tiada bezanya samada Datin atau tidak.
Ok tu jela sesi temubual bersama Datin Norjuma, saya doakan semoga bisnes Aidijuma berkembang maju dan kehidupan berkeluarga yang membahagiakan.
Terima kasih tak terhingga pada Datin Norjuma dan staf yang baik hati pada hari tu. Kalau ada rezeki, mana tau boleh jumpa lagi.
Layan gambar bersama Datin Norjuma dan orang di belakang saya yang banyak membantu menanyakan soalan - soalan kepada Datin Norjuma. Dia banyak lindungi kegugupan saya hari tu, terimakasih la adik ipar ku ye!
Dan...ini pula orang tak kurang pentingnya, Jurugambar yang banyak menolong untuk menjayakan temubual istimewa ini.
Ada lagi nama-nama di sebalik tabir yang banyak membantu terutama suami , makcik, sahabat baik yang merupakan tauke Tart dan ahli keluarga yang lain.
p/s: Semoga entry ini memberikan satu keseronokan kepada pembaca blog ini.
Ada idea tak lepas ni Jendelahidup.com perlu temubual siapakah untuk membantu memecahkan gumpalan kegugupan dalam diri ini?
7 comments :
weee...cayalah k.aya!! Dah okay sgt dah tu..bukan semua org boleh buat mcm k.aya.
be positive okayy :-)
p/s: sonot baca entry k.aya :-))
@Lady LavenderTerimakasih LL, pujian LL satu dorongan untuk lebih rajin cari jln utk hancurkan kegugupan dalam diri.
salam perkenalan kak....kak...mane kedai adijuma nie kak..teringin nak terjah kak...hehehe
Tak jemu baca entry ni. What a nice entry kak aya;)
@Fatin Nurul T.kasih fatin, sudi datang berkunjung ke blog kak aya ni...
saya meruapakan salah seorang peminat tudung aidijuma ni..seronok pkai tudung ida..yati teringin nk jd stokis...kak aya ada no contact datin juma tak?terima kasih :-)
Bagaimana datin bekerja dengan staff nya? Cara group decision datin bagaimana?
Post a Comment