KIDZANIA & IKEA

Minggu lepas, Khamis ambik cuti satu hari , sekali dengan tuan rumah ..plannya nak bawak anak-anak ke KIDZANIA , letaknya bersebelahan/berdepan seberangan jalan dengan IKEA.


Kalau tak silap, KIDZANIA ni satu tempat yang menyediakan pelbagai pengalaman kerja kepada anak-anak mengikut cita-cita mereka. Mereka akan merasai pengalaman sebenar sebagai seorang doktor, pilot, dan tak kurang 90 jenis perkejaan ada kat dalam tu.




Alkisahnya hari tu, kami sampai sana sebelum 10.30,dah nampak ramai orang kat kaunter tiket dan kami diberitahu sesi pagi dan petang untuk hari tu dah penuh!


Kecewa betul anak dara saya hari tu...Umar rileks je sebab dia tak begitu pasti apa yang akan dia buat kat dalam sana. Dhirah dah plan nak jadi angkasawan bila diberi peluang masuk kat dalam tu.


Kami bercadang utk buat online booking je nanti tapi tak tau bila hu hu kesian anak ...yelah bukan senang nak pilih hari yang bersesuaian...




Untuk hilangkan rasa kecewa, kami 4 beranak melangkah masuk ke IKEA...sekadar cuci mata je la .

Keinginan mama

Keinginan mama lagi...
Keriangan ...

Buat macam katil sendiri...


1 comments :

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

hahaha...semua berkeinginan kan kak..hehehe

Post a Comment