Nostalgia Anak-anakkan dan cerita penjaja

Orang kampung saya di Terengganu panggil mainan ini sebagai anokkang ( anak-anakkan).



Mainan kertas je ni ...tak ada la macam budak-budak sekarang le ni, ada patung Barbie, main tukar-tukar baju untuk patung Barbie.

Ini Nadhirah punya anak-anakkan..saya tak tau apa nama sebenarnya permainan ini.

Satu masa dulu, ada seorang India yang datang menjaja dengan basikal, namanya YAHO ( tak pasti beginikah sebutannya). Beliau membawa macam -macam jenis aksesori dan mainan kanak-kanak.

Selalunya saya beli sepit rambut, anak patung dan jugak anokkang ini.

Sekarang ni dah tak ada lagi dah yang jenis menjaja sebegini di kampung saya selain menjaja makanan pagi dan makanan untuk minum petang...dasat tau kat kampung saya tu, kalau balik kampung mesti kena sediakan duit banyak-banyak.

Pagi jual untuk sarapan sampai rambang biji mata...selepas waktu Zohor, datang pulak yang menjaja pelbagai jenis bubur yang memang dah lama kita tak makan dan memang susah nak jumpa di KL yang sesedap yang dijual di kampung.

Harganya pun masih boleh dikategorikan sebagai mampu beli berbungkus-bungkus. Antaranya lompat tikam,                   serawa, jala mas dan bubur pulut hitam, bubur kacang, bubur cha cha ...eh pendek kata mengalahkan Astro yang macam -macam ada tu la.

Hmmm dah lama tak balik Terengganu..tak sabar menunggu musim raya untuk pulang ke kampung halaman.



1 comments :

Marlina Mohtar said... [Reply to Comments]

dulu saya selalu juga main mainan ni hehe :)

Post a Comment