Umar dan puasa

Ni entry ekspress, taip dengan kelajuan yang sama dengan kelajuan roket he he.

Hari ni hari yang ke 5 puasa...nampaknya Umar dapat menjalani ibadah puasa macam orang lain jugak..Syukur dia dapat melaluinya walaupun mungkin kurang sempurna kerana dia sahur agak lewat sikit yakni dah habis waktu sahur baru dia makan sahur.

Ketika di sekolah memang dia ceria dan segar bugar tetapi balik je rumah dia akan mula buat perangai..lapar dan dahaga di bibir mulut je...begitu la ragam dia setiap petang, macam-macam cara dia lakukan untuk menarik perhatian orang agar memberi dia minum dan makan, dah le duduk di tepi makanan je. Berbeza dengan si kakak, yang hanya banya terbaring atas sofa je kala menunggu waktu berbuka.

Bila dah berbuka, Umar makan cukup banyak, dia la orang terakhir yang menghabiskan makanan.

Waktu sahur pun dia akan makan banyak, kakak hanya makan sesuap dua je.

Semoga hari ni Umar akan terus bertahan hingga ke waktu berbuka seperti hari-hari yang lepas.

Selamat Bersahur dan Selamat Berpuasa!

4 comments :

lady lavender said... [Reply to Comments]

wah bagusnya umar boleh bertahan. Anak lelaki saya tak dpt penuh pun satu hari..

♥♥azatiesayang ♥♥ said... [Reply to Comments]

salam Aya.Selamat bersahur

Camtu la antara ujian2 bila anak kecik kita mula berpuasa..kasihan ada bila melihat dia moyok camtukan?Tp kena belajar la berpuasa...
Semoga Umar dpt menghabiskn 30 hari puasa.InsyaAllah

Hudalatip said... [Reply to Comments]

Umar berapa tahun kak? Anak saya zarif tu weekend je boleh puasa penuh, tapi hari sekolah setengah hari je puasa.

Marlina Mohtar said... [Reply to Comments]

Selamat berpuasa kak :)

Post a Comment