Novel ni saya terima daripada adik perempuan saya..baik hati dia belikan untuk kakak dia yang kaki novel tapi memanjang tak cukup fulus nak beli banyak-banyak.
Kali pertama baca adalah pada malam raya baru ni.
Saya berjaya khatamkan pada hari raya ke 2. ( nampak sangat saya banyak hilangkan diri ketika tetamu berkunjung )
Errr cerita pasal tetamu berkunjung ni,memang tak menang tangan nak melayan sebenarnya. Kami beraya di rumah nenek suami saya , kami panggil wan di Chengkau , Rembau , Negeri Sembilan.
Rumah wan ni memang rumah untuk semua anak cucu berkumpul kala raya. Tetamu yang datang biasanya sanak saudara dari Kuala Lumpur dan Seremban. Mula datang selepas berakhirnya Solat Aidilfitri hingga la hampir waktu Maghrib.
Saya sebagai cucu menantu , kerja-kerja saya hanya mencuci cawan gelas pinggan mangkuk je, kerja-kerja menghidang, membancuh ke apa ke semua di lakukan oleh anak-anak menantu wan. Mana yang bergelar cucu hanya bergilir berdiri di sinki je.
Aaa time-time orang lain yang berdiri kat sinki, kita pulun la baca novel ni.
Sejujurnya, saya sangat suka novel ni. Cerita bukan la dasat sangat tetapi sampai di hati. Tahniah la untuk penulis novel ini, Zura Asyfar.
Watak Firash sangat membantu menceriakan perasaan saya ketika beraya di Negeri Sembilan. Rasanya mood saya sangat bagus la sepanjang berada di sana.
Firash ni walaupun muda , masih bergelar pelajar, tetapi ada sikap matang dia. Walaupun baran sikit, biasalah darah muda memang cepat menyirap tetapi di sebalik tu dia tau tanggungjawab dia dan peranan dia sebagai seorang suami sekalipun dia tidak begitu ikhlas berkahwin dengan Syaf. Nakal pun ada jugak pada Firash ni, cemburu pun boleh tahan jugak budak ni..ok la cukup sifat la kata orang he he.
Watak Syaf pun saya suka, tenang dan ikut je rentak si Firash ni. Sesuai dengan usia dia yang lebih tua 4 tahun daripada Firash, dia agak matang .
Ending novel ni pun membahagiakan ..pembaca turut tersenyum. Novel ni ringan dan tak perlu kita kusutkan fikiran untuk berfikir itu ini.
Saya cadangkan anda memiliki novel ini kalau anda masih blur blur nak beli novel apa.
Tahniah Zura!
1 comments :
waaaa...tw sudi review <3
Post a Comment