Baca novel ini ketika di wad Pusrawi ..sepanjang 3 hari di sana , memang novel ini la yang jadi peneman.
Seronok baca novel ni...lain daripada novel-novel lain walaupun kelihatannya seperti kisah kahwin paksa juga.
Una dan Zahrain berkahwin atas pilihan keluarga.
Usaha Una untuk memikat suaminya memangla sangat menarik dan jarang saya jumpa di dalam mana-mana novel sebelum ni.
Saya rasa novel ini memberi idea kepada kita juga, para isteri tak kira la yang dah lama kahwin atau pun baru kahwin.
Usaha yang dijalankan oleh Una adalah idea daripada Master-jie iaitu kakak kepada Una sendiri..
Betapa pentingnya seorang isteri berusaha untuk tampil cantik dan menawan di mata suami..penting untuk isteri pandai masak makanan kegemaran suami...dan peranan di tempat tidur juga sangat-sangat penting.
Tahniah untuk Hanina kerana kreatif di dalam menyampaikan mesej walaupun kelihatan seperti kisah kahwin paksa sebagaimana novel lain tetapi bila kita dah mula membaca helaian-helaian seterusnya , kita akan rasa novel ini ada kelainan yang tersendiri dan ada pengajaran berguna untuk suami isteri.
Semoga Hanina terus aktif dan kreatif untuk novel-novel seterusnya.
1 comments :
TQVM dear! Dah sembuh dah? Semoga sihat selalu :)
Post a Comment