Sejak minggu lepas lagi , ada rakan blogger memberitahu berita tentang pemergian suami kepada blogger Teratak Hami.
Kebetulan hari ni saya bercuti kerana Nadhirah ada appointment dengan Dr Ruzini, di Pusrawi, dapatlah saya menziarahi blog Teratak Hami untuk mengetahui cerita sebenarnya.
Berjuraian airmata membaca entry beliau itu...KLIK SINI UNTUK BACA . Terimbas kembali kepada kenangan lalu ketika saat arwah ayah saya meninggalkan kami semua masih kecil.
Betul, kematian tidak mengenal usia...datang tanpa terlewat atau tercepat barang sesaat pun..terasa diri sangat kerdil disisiMU, Ya Allah.
Semoga blogger Teratak Hami sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Ya...kata-kata yang terlalu klise tetapi itu doa ikhlas dari kami semua. Bukan senang nak menghadapi saat getir sebegini. TIdak semudah mata yang memandang.
Semoga roh arwah suami blogger Teratak Hami ditempatkan bersama roh golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Semoga beliau terus diberi kekuatan mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini bersama anak-anak yang masih kecil.
Kita tidak tau apa yang akan berlaku pada diri kita pada hari esok. Tugas kita menyiapkan diri dengan bekalan secukupnya. Bekalan untuk kita yang pergi dan untuk mereka yang ditinggalkan.
Al Fatihah..
2 comments :
Masa saya baca entry nye haritu...
saya memang terkezut dan sedih ...
semoga dia sekeluarga tabah menghadapi dugaanNya ini....
Al-Fatihah...
al-fatihah
Post a Comment