Survey hospital untuk bersalin

Belum check up di mana-mana klinik ibu mengandung pun lagi, tetapi hati dah galak nak survey tempat bersalin...saja la kan, tengah-tengah mabuk ni cuba la alih perhatian sikit ke arah yang berlainan.

2 kali bersalin sebelum ni keduanya di Hospital Selayang, ada yang manis ada yang pahit untuk dikenang. Nati kalau ada kerajinan, boleh la saya share cerita pahit manis tu.

Kali ke 3 mengandung ni, niat dihati nak mencuba tempat lain. Tetapi masih tertakluk kepada kemampuan.

Ada tak sesiapa yang baru bersalin sudi berkongsi hospital mana bersalin, secara normal atau pembedahan, berapa kosnya?

Ni sehari dua, on je internet, terus survey kos rawatan di hospital-hospital bersalin..ini boleh dikatakan termasuk dalam salah satu alahan jugak ke ni? 

p/s: kalau boleh nak tau kos bersalin di kedua-dua jenis hospital, kerajaan atau pun swasta.

3 comments :

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

klu looking for kerajaan..hosp ampang sgt bagus..

azieazah said... [Reply to Comments]

Prinsip saya mudah. Sakit mana-mana pun sama saja sakitnya.Dok hospital wpun katil tilam empuk, dok rumah juga yang lagi best.
Jadi saya bersalin semua kat hospital kerajaan. Normal dulu tak sampai pun RM50. Yang last hari tu, operate, ada surat gerenti suami, operate kos cuma RM73. Duduk 2 hari (tak pernah lebih) dah boleh balik rumah. Hati senang lagi di rumah. Kos bersalin pun murah. Jika mampu, tak salah nak pegi hospital swasta berbintang-bintang.

azieazah said... [Reply to Comments]

Opsss apapun tahniah kerana mengandung lagi. Seronok, kan?

Post a Comment